Seorang pemuda di Tegal, Indonesia yang dilahirkan sebagai khunsa sempat menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan selama 16 tahun.
Sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah mengalami haid seperti yang dialami remaja perempuan lain. Malah dia mula menyedari dirinya lebih kepada lelaki dan menyukai perempuan lalu mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan alat kelamin bagi menjadikan dirinya lelaki.
Kevin atau namanya sebelum ini, Siti Aishah, memiliki dua alat kelamin dan sejak dari kecil lagi dia sudah biasa dianggap sebagai anak perempuan oleh kedua orang tuanya kerana dia membuang air kecil melalui 'miss v'.
Namun apabila menginjak ke usia remaja, Kevin tidak mengalami pertumbuhan payudara dan datang haid seperti rakan perempuannya yang lain.
"Jadi pada awalnya saya dilahirkan dengan dua benjolan testis di antara lubang miss v. Jadi, lubang miss v di sebelahnya itu ada dua testis," katanya ketika ditemubual dalam program #GritteBukaPraktek di YouTube.
Pada umur 16 tahun, dia mula menyedari dirinya lebih kepada lelaki dan mula tertarik dengan perempuan. Walaupun begitu dia masih ragu-ragu.
"Tahun 2014, saya beranikan diri pergi membuat pemeriksaan kesihatan tanpa pengetahuan keluarga kerana saya tidak mahu melukakan perasaan mereka yang selama ini menganggap saya sebagai perempuan. Malah orang kampung pun begitu juga," katanya.
Kevin juga mengaku dia gembar berpenampilan seperti lelaki, bersukan dan bergaduh dengan rakannya. Lebih ketara lagi apabila dia mula tumbuh janggut.
Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan Kevin adalah lelaki dan disarankan untuk melakukan pembedahan jantina.
Dalam operasi pembedahan itu, miss v Kevin dijahit dan bagi membentuk alat kelamin lelaki, doktor mungkin perlu mengambil isi dagingnya dari bahagian tangan atau kaki atau paha.
Kevin mengakui dia berasa sedih apabila mengetahui fizikalnya begitu dan pernah memohon maaf kepada ibu bapanya sekiranya dia tidak dapat berkahwin dan memberi cucu.
"Mak, ayah maafkan saya kalau suatu masa nanti saya tak dapat kahwin dan mempunyai zuriat sendiri. Maafkan saya, ini bukan kemahuan apatah lagi keinginan saya, tetapi ini pemberian Tuhan," katanya.
Doktor berpesan kepada Kevin, walaupun pembedahan itu berjaya tetapi masih ada risikonya dan Kevin perlu dibantu dengan terapi hormon.
Sumber: Sosok
from The Reporter https://ift.tt/372I7XU
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Up2eNk
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment