loading...

Wednesday, 12 February 2020

'Kalau betul Jakim nak bantu, keluarkan surat rasmi' - Dedah jantina, Sajjad sedia beri kerjasama


Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menyatakan kesediaannya bertemu dengan pihak JAKIM bagi menyelesaikan isu identiti dirinya melalui saluran rasmi. 

Sajjad berkata, dia bukan tidak mahu membuat laporan perubatan, tetapi JAKIM tidak memberi panduan yang jelas menyebabkan dia tidak tahu apa yang patut dilakukan. 

"Bukan saya tak mahu buat laporan perubatan, sekarang mereka (JAKIM) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan. 

"Kalau betul mereka nak bantu, mereka sepatutnya keluarkan surat rasmi. Saya tak tahu dengan siapa yang saya perlu rujuk. Kalau hendak tolong, tolonglah betul-betul. Kalau tak, ia akan berpanjangan. 

"Saya pernah kena tipu, bukan saya tak cari jalan penyelesaian. Kalau diikutkan, ibu bapa sudah memberi kerjasama sebaik mungkin sejak saya dilahirkan. Namun sekarang saya yang perlu menanggung semua ini sendirian. 

"Ibu bapa saya boleh mengesahkan siapa saya, tiada orang lain," katanya. 

Dalam pada itu juga, Sajjad menafikan dakwaan kononnya dia ditahan pihak berkuasa ketika berada di Tanah Suci. Sebaliknya segala perjalanan ibadat umrahnya berjalan dengan lancar. 

"Di sana, saya sangat senang menunaikan umrah bersama ibu, ayah dan anak-aak angkat. Malah, kehadiran saya disambut baik dan semua urusan ibadat dipermudahkan. 

"Saya berniat untuk menunaikan umrah setiap tahun selain ingin membawa stokis dan kakitangan pada masa depan," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/38r7hAQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2vpqcO6
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...