Pasangan kekasih kantoi berkhalwat pada Hari Kekasih selepas mereka tertinggal kunci pada tombol luar pintu bilik, akibat terlalu gelojoh.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agam Islam Kedah (JAIK), Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pasangan itu ditahan di hotel bajet di Padang Temusu, Sungai Petani dalam Operasi Bersepadu bersempena 'Hari Kekasih' yang dilakukan di sekitar Kuala Muda pada malam Sabtu.
Siasatan mendapati, pasangan itu bukan suami isteri yang sah. Lelaki berusia 22 tahun itu yang juga merupakan pelajar institusi kemahiran awam itu memberikan alasan dia dan pasangannya berusia 20 tahun hanya singgah sebentar (dua jam) di hotel itu serta tidak berniat melakukan sebarang perbuatan yang tidak baik.
Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk proses tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk tindakan selanjutnya.
Dalam tangkapan berasingan, empat lagi pasangan lain berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan.
Kesemua yang ditahan boleh didakwa di bawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. Jika disabitkan bersalah, mereka boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/37ytOdT
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2uHhBGy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment