loading...

Monday, 17 February 2020

(Video) 'Kemon la, awak doktor tapi b***h' - Pesakit nak viralkan doktor, tapi terviralkan kebodohan sendiri


Viral di media sosial video pertengkaran di antara pesakit dengan pegawai perubatan di dipercayai berlaku di klinik kerajaan, mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Video yang dimuat naik oleh pengendali laman Facebook Selva The Voice, menggelar doktor berkenaan sebagai 'Doctor Sohai'.

Berdasarkan video, pengadu dipercayai tidak berpuas hati dengan doktor itu yang didakwanya melakukan kesilapan serta meminta dia menunggu buat kali kedua. 

Doktor itu menjelaskan, dia perlu menyelesaikan kerjanya terlebih dahulu sebelum menyelesaikan kes pengadu. 

Pengadu 1: "Berapa lama awak nak saya tunggu?" 

Doktor: "Awak boleh tunggu atau tidak? Kalau tak boleh tunggu, keluar!"

Pengadu 1: "Tak, saya tak boleh tunggu."

Pengadu 2: "So awak doktor kerajaan kan? Tunjukkan muka awak. Awak akan viral hari ni." 

Doktor: "Buatlah, buatlah apa yang awak nak buat." 

Pengadu 1: "Kemon la, awak doktor tapi doktor yang b***h." 


Sehingga kini masih tidak diketahui apa punca sebenar pertengkaran itu. Netizen berpendapat,  sukar untuk mereka menilai kes itu kerana perlu mendengar juga cerita dari pihak doktor berkenaan. Namun tindakan pengadu menyebarkan video itu adalah tidak wajar.

Sedangkan tugas sebagai doktor bukanlah semudah yang disangka kerana mereka perlu menjalankan tugas mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Perbuatan pengadu merakam video di klinik/hospital kononnya mahu menunjukkan dirinya betul juga merupakan satu kesalahan dan disebabkan itu dia juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.



Ramai yang menasihatkan, sekiranya pengadu tidak berpuas hati dengan layanan pegawai perubatan berkenaan, boleh membuat aduan terhadap doktor itu melalui saluran yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Biro Pengaduan Awam.

"Kalau tak sabar sangat pun, pergilah ke klinik swasta, takdelah kecoh-kecoh camni. Saja je nak buat scene, nak rakam, nak viral," kata netizen. 



from The Reporter https://ift.tt/2SCKA7e
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/39KszJU
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...