loading...

Wednesday 12 February 2020

'Berapa tahun I pegang juara lagu, salah ke I menegur Naim Daniel?' - Azwan Ali


Anugerah Juara Lagu ke-34 baru-baru ini mengangkat lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel sebagai juara dan ramai yang berpuas hati dengan keputusan itu, tetapi ada juga yang tidak berpuas hati. 

Azwan Ali melalui Twitternya melemparkan carutan terhadap Naim secara terbuka dan melabelkan Naim sebagai 'Retis Sangkak Negara'. 


Tidak melenting dengan carutan itu, Naim membalas Azwan Ali dengan cukup matang. 

Dalam kenyataan itu, Naim mengatakan dia antara pengundi yang menyokong Azwan ketika bertanding sebagai calon di PRU. 



Dalam kenyataan terkini Azwan berhubung isu itu, Azwan memaklumkan dia telah menyekat Naim di Instagram kerana baginya, Naim bersikap kurang ajar dengan dia. 
Azwan berkata, tindakannya 'menegur' Naim itu tidak salah kerana dia sudah lama berada dalam industri hiburan. 

Sementara itu di Instagram Naim, dapat dilihat beberapa artis menyatakan sokongan terhadap Naim. Tidak kurang juga netizen menasihatkan Naim tidak melayani karenah Azwan yang dianggap tidak mendatangkan faedah.


Hidup ini mudah, jika tidak dapat menerima atau menyukai sesuatu itu, berdiam diri dari mencarut kata-kata yang tidak baik. Tiada berkatnya hidup dalam kalau sentiasa mencarut dan mencari masalah dengan orang lain.

Sumber: Instagram Naim Daniel


from The Reporter https://ift.tt/2vtOztH
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2uCxUnK
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...