Dikatakan hampir setiap hari pusara Allahyarham dikunjungi peminat dan juga teman-teman rapat. Achey, antaranya teman yang sentiasa menziarahi pusara sahabatnya itu. Achey tidak keseorangan, dia sentiasa membawa anaknya, Tiara bersama-sama.
Satu video yang dikongsikan Achey ketika menziarahi pusara arwah menarik perhatian netizen. Menerusi video tersebut, rata-rata netizen melihat seolah-olah Tiara melambai tangan pada arwah sebelum pulang.
“Ni ke yang korang cerita semalam? Sebelum Hamzah hadir dalam hidup arwah, Tiara adalah satu-satunya baby yang tak takut dengan dia. Dia banyak kali cakap semua baby sebelum ni kalau pegang, dia tengok je dah nangis takut.
“Weh, bukan ko je Abam, baby lain kalau nampak aku pun nangis dah. Hahaha. Tu je istimewa Tiara dengan arwah. Sebab tu dia lambai ko, Bam. Jom doakan arwah.
“Oh ya, Khamis ni jangan lupa ada tahlil terbesar di Masjid Wilayah. Kalau korang ada masa terluang, jemput datang ye,” tulisnya.
Sumber: Achey
from The Reporter https://ift.tt/37NnoaY
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2STQVvl
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment