loading...

Monday 17 February 2020

Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung


Pelakon Ashraf Sinclair, 40, suami kepada Bunga Citra Lestari, dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung dan berita itu disahkan oleh ibunya, Khadijah Abdul Rahman. 

"Anak saya, Ashraf telah pulang ke Rahmatullah. Dalam perjalanan ke Jakarta sekarang," katanya memetik laporan dari mStar, Selasa 18 Februari 2020. 

Menurut Suara.com, Ashraf meninggal dunia pada jam 4.00 pagi tadi di Metropolitan Medical Centre Hospital, Jakarta. 

Ashraf Sinclair mendirikan rumah tangga bersama Bunga Citra Lestari pada 8 November 2009 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah, yang dilahirkan pada 22 September 2010. 

Selama tempoh bersama, pasangan ini dikenali sebagai pasangan yang bahagia dan jauh dari sebarang gosip. 

Sumber: mStar, Suara


from The Reporter https://ift.tt/2OYBuQ8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Pi6ZFd
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...