loading...

Tuesday, 11 February 2020

(Video) 'Aku tak ludah laaa!' - Penghantar pizza dipenjara 2 tahun kerana ludah makanan pelanggan


Seorang pekerja penghantaran makanan di Turkey dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun selepas dia merakam gambar selfienya meludah makanan pelanggan. 

Difahamkan, insiden itu berlaku pada tahun 2017 di bandar Anatolian, ketika Burak S. berusia 18 tahun. 

Meskipun tindakannya itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV), Burak menafikan dakwaan itu dan mengaku tidak bersalah. 

"Saya tak ludah pun pizza tu," katanya di mahkamah semalam.

Bagaimanapun, mahkamah membuat keputusan bahawa Burak didapati bersalah kerana merosakkan makanan itu dan membahayakan kesihatan pelanggannya. Di atas kesalahan itu, Burak dijatuhkan hukuman penjara dua tahun. 

Tindakan Burak itu hanya disedari oleh pemilik apartmen tersebut selepas dia menonton video rakaman CCTV yang menunjukkan dan terus memaklumkan kepada pelanggan pizza itu. 

Video menunjukkan Burak membuka kotak pizza itu dan merakam dirinya dengan telefon bimbit sebelum naik ke tingkat lima untuk menghantar pesanan itu. 

Anak kepada pelanggan berkenaan kemudian membuat laporan polis dan aduan kepada syarikat pizza itu. 

Burak pula masih bertegas yang dia hanya memeriksa keadaan pizza itu. Disebabkan kes itu juga, Burak dipecat serta-merta selepas dia didapati bersalah oleh mahkamah. 


Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2UJpxl5
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2OOfAz7
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...