loading...

Sunday, 23 February 2020

'Tak jumpa kat office, cari pula di rumah' - Azizah, Anwar & Guan Eng pergi ke rumah Mahathir


Jam 9.30 pagi tadi, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah pergi ke Pejabat Perdana Menteri untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir untuk berbincang. 

Kemudian, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyusuli. 

Namun, difahamkan Mahathir tiada di pejabatnya ketika tiga pemimpin itu datang dan akhirnya mereka bertiga keluar dari pejabat Perdana Menteri pada jam 10.25 pagi tanpa memberhentikan kenderaan untuk bercakap dengan media. 

Azizah, Anwar dan Guan Eng kemudian pergi ke rumah Mahathir di Seri Kembangan. 

Sementara itu, beberapa menteri di Putrajaya dilaporkan tidak menghadiri sebagai majlis rasmi kementerian, dipercayai sedang mengadakan pertemuan dengan pemimpin lain dalam mesyuarat tergempar. 

Rakyat masih menunggu perkembangan semasa dan berharap segala keputusan yang dibuat oleh perdana menteri memberi kebaikan rakyat. 

Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter https://ift.tt/2Td8ghX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PiL0xI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...