loading...

Saturday, 15 February 2020

1 maut, 4 cedera gara-gara pemandu Ford Fiesta melawan arus


Seorang lelaki dilaporkan maut dalam kemalangan di Kilometer 17.5 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berdekatan susur kelaur Plaza Tol Pajam menghala ke Seremban pada awal pagi Ahad 16 Februari 2020. 

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, kemalangan itu berlaku pada jam 3.20 pagi yang membabitkan dua buah kereta dan tiga motosikal. 

Kereta Ford Fiesta yang dipandu oleh Nicholas Daniel Raj, 30, dipercayai cuba melawan arus untuk masuk ke jalan susur keluar Tol Pajam. 

Dalam masa yang sama, mangsa, Abdul Salam Saad, 34, yang memandu Proton Persona dalam perjalanan dari susur keluar Plaza Tol Pajam. 

Tindakan 'gila' Nicholas itu menyebabkan Proton Persona itu berlanggar dengan tiga motosikal, yang juga menyebabkan Abdul Salam cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian. 






Sementara itu, penunggang motosikal, Mohamad Arif Mohd Asri, 21, dan pembonceng, Shahrul Nizam Suhaimi, 16, serta Herry Herman Hakimy, 17, dan Muhammad Mefdzal Mohd Rosman, 17, turut tercedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dirawat. 

Pemandu Ford Fiesta itu juga mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital yang sama. 

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/39DJHB6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SM84pr
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...