loading...

Thursday, 20 February 2020

Ibu kongsi video anak lelakinya berusia 9 tahun mahu bunuh diri selepas kerap dibuli di sekolah


Perbuatan membuli di sekolah harus ditangani dengan tegas dan pihak sekolah tidak sepatutnya memberikan pelbagai alasan kononnya pembuli berasal dari keluarga bermasalah dan perlu dibantu sehingga pelajar yang menjadi mangsa buli pula diabaikan dan diminta bersabar dan memahami situasi pembuli berkenaan. 

Baru-baru ini seorang ibu di Brisbane, berkongsi video memilukan yang menunjukkan anak lelakinya berusia sembilan tahun merayu meminta diberikan tali agar dia boleh membunuh dirinya sendiri selepas tidak tahan kerap dibuli di sekolah kerana keadaan dirinya yang dilahirkan kerdil. 

Yarraka Bayles merakam video anaknya, Quaden menangis di dalam kereta selepas dia mengambil anaknya pulang dari sekolah pada Rabu dan video itu dikongsikan di Facebook. 

"Bagi saya tali, saya nak bunuh diri saya sendiri," kata Quaden dalam video itu yang telah ditonton lebih dari tiga juga kali. 

"Saya hanya nak tikam jantung saya sendiri, saya nak seseorang bunuh saya," katanya lagi. 

Sejak video itu viral, Bayles banyak menerima mesej dari mereka yang prihatin dan memberi sokongan kepadanya. 

Quaden juga dilihat mencakar lehernya berkali-kali dan berkata, "Saya nak mati, saya nak cakar diri saya sendiri.". 

Bayles berkongsi video itu di Facebook bagi meningkatkan kesedaran akan kesan perbuatan membuli. 


Sebelum ini, Bayles biasanya memendam perkara itu sendirian tetapi apabila melihat anaknya menjadi begini, menyebabkan dia tiada pilihan dan berkongsi mengenainya di media sosial. 

"Kami cuba kekal positif tetapi ini kesannya perbuatan buli terhadap anak saya yang berusia sembilan tahun, dia hanya mahu pergi ke sekolah untuk belajar, mendapat ilmu dan bergembira tetapi setiap hari ada saja perkara yang tidak diingini berlaku. 

"Dia kerap dibuli, diejek dan diberi bermacam-macam gelaran," katanya yang juga meminta nasihat dan sokongan dari orang ramai tentang cara menangani situasi itu. 

Ketika berusia enam tahun, Quaden pernah cuba membunuh diri dan tindakannya itu sangat mengejutkan Bayles. 

"Saya jelaskan kepada dia, kalau awak dah pergi, awak takkan kembali lagi. Awak hilang selama-lamanya. Tetapi dia masih juga mahu mencubanya. 

"Pada pandangan dia, jika dia pergi ke syurga, dia akan tinggal bersama bapa dan adiknya," katanya. 

Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2HG0cki
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/38Jtr1D
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...