Anggota Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) semalam menahan 13 individu yang disyaki berkhalwat di dalam sebuah rumah di Tambang Badak, Alor Setar.
Tujuh wanita dan enam lelaki berusia antara 17 hingga 30 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada jam 9 pagi Isnin selepas mendapat maklumat dari orang awam berhubung kumpulan itu berkurung di dalam rumah sehingga mengundang rasa curiga.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, kesemua yang ditahan merupakan penduduk Kedah dan memberikan alasan 'hanya bersembang' sahaja.
Tetapi apabila pintu diserbu, pintu rumah tertutup rapat dan menimbulkan syak berlakunya maksiat.
JAIK juga banyak menerima aduan yang mengatakan ada remaja lelaki kelaur dari rumah itu dan pemeriksaan mendapati mereka semua tidak mempunyai sebarang hubungan mahram.
10 individu yang ditahan juga didapati positif dadah dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Kesemua mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2OsWwWK
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31nGGlA
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment