Isu Muhammad Sajjad memakai telekung di Tanah Suci menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan usahawan kosmetik itu.
Tetapi bagi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, perkara itu remeh dan tidak mendatangkan faedah kepada perkembangan ekonomi negara dan mengembangkan pemikiran rakyat.
Beliau berkata, Muhammad Sajjad hanya perlu dinasihati, bukannya dibincangkan semua pihak secara meluas.
"Kita nasihatkan dia sahajalah. Rahmat Tuhan itu luas dan mudah-mudahan dengan bermacam peristiwa dan pengalamannya di Makkah, dia berubah.
"Itu sahajalah harapan saya dan kita mendoakan dia untuk kembali ke pangkal jalan kerana kadang-kadang setiap orang ada kesukaran dalam dirinya sehingga terperangkap dengan bermacam keadaan.
"Janganlah kita menyibukkan diri dengan sesuatu berita seperti seorang lelaki memakai telekung dan bersembahyang di kawasan wanita sehingga semua orang nak membincangkannya kerana tidak langsung membantu perkembangan dan pendidikan negara kita," katanya memetik laporan dari Harian Metro, 3 Februari 2020.
Secara peribadinya, Mohd Asri tidak mengetahui apa motif sebenar Muhammad Sajjad tetapi apa yang perlu dilakukan kini adalah memberi nasihat dan menjelaskan kepada Sajjad bahawa tindakannya itu salah.
Menurutnya lagi, melakukan kejahatan di Makkah bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana di sana juga ada penipu umrah, penipu jualan barangan dan pihak yang menipu kemudian membawa lari hajarul aswad selama 20 tahun ke negara mereka.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2UkJMFv
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2SkD0gy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment