Viral di media sosial baru-baru ini mengenai usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad, pergi menunaikan umrah bersama dengan ibu bapa dan dua orang anak angkatnya.
Berdasarkan gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Muhammad Sajjad dilihat memakai jubah lelaki. Namun apabila sampai di Mekah, dia memakai telekung.
Pihak yang menguruskan umrah Muhammad Sajjad, Albayt Travel (M) Sdn Bhd bertindak melaporkan perkara itu kepada pijak Konsulat Malaysia di Jeddah untuk tindakan selanjutnya, setelah mendapat nasihat dari Mutawwif yang bertugas di Makkah.
Di Instagramnya, Muhammad Sajjad meluahkan rasa kesyukurannya"
Syukur Alhamdulillah. Dengan berkat keizinan rombongan kami sekeluarga ke tanah suci Makkah dan Madinah. Selesai sudah umrah kami sekeluarga di Kota Mecca.
Saya sungguh terharu dan terasa diri ini kecil sangat-sangat apabila saya menjejak kaki ke sini kerana bertapa indahnya Islam.
Saya melihat kebesaran Allah S.W.T kerana tidak pernah membezakan umatnya dari segi darjah, umur, wajah, jantina, kedudukan, warna kulit atau perbezaan mazhab. Ternyata bila kita di sini, kita semuanya sama, menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah.
Walaupun saya di Malaysia selalu dikutuk, dihina, dicaci malah pelbagai tohmahan diberikan kepada saya, saya hanya berdiam diri. Saya musafirkan diri saya, mungkin apa yang berlaku pada diri saya, saya anggap sudah tertulis menjadi insan bernama Nursajat.
Bila saya sampai di sini, saya berniat dalam hati, nak berbicara dengan Tuhan saya. Bicara soal kejadian saya kenapa saya dilahirkan begini, kenapa saya yang Allah pilih jadi macam ni, kenapa saya yang banyak diberikan ujian, kenapa saya selalu dikatakan dilaknat dan syurga itu bukan milik saya?
Kalau begini kejadian saya di muka bumi ini, kenapa Allah jadikan saya? Kenapa tidak pada orang lain? Tiada siapa yang hendak dilahirkan serba kekurangan.
Bila saya menjejak kaki di Mecca, hati saya menjadi sayu, pandangan saya nampak luas dan dada saya rasa macam tenang dan lapang sangat. Saya pejam mata, saya melihat mak saya di sebelah, saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang walaupun saya macam ni.
Saya tahu diri saya dan jiwa saya adalah perempuan. Saya bertuah kerana bukan semua orang terpanggil untuk mengerjakan umrah. Berlinang air mata saya bahawa saya patut syukur dan saya dah dapat jawapan sebaik-baik mungkin di sini.
Sehina mana pun kita, sejahat mana pun kita, bukan kita sebagai manusia boleh menghukum sesama manusia. Hanya Allah sahaja tahu di mana kita berada nanti ketika kita meninggal dunia.
Bagaimanapun, ruangan komen ditutup, dipercayai bagi mengelakkan netizen membawang di situ. Namun, netizen mula membawang di media sosial sejak semalam.
Sumber: Instagram Muhammad Sajjad
from The Reporter https://ift.tt/2RSjAAl
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2uZih9I
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment