loading...

Thursday, 6 February 2020

'Baby Laura dah 3 bulan, masih makan duit Grab guys' - Demi sara anak bini, Bob kayuh Grab Food walaupun ada degree


Setiap orang inginkan kejayaan di dalam hidup. Tetapi tidak semua mengecapinya dengan mudah. Begitu juga dengan pekerjaan,apatah lagi kos hidup yang semakin tinggi membuatkan masyarakat sanggup melakukan apa-apa sahaja pekerjaan.  

Kisah pekerjaan pasangan ini menarik perhatian netizen. Walaupun kedua-duanya mempunyai latar pendidikan tinggi, tetapi tidak menghalang mereka untuk menyara kehidupan mereka dengan bekerja sebagai penghantar makanan (Grab Food).

“Lapan bulan mengayuh Grab Food, bini aku pregnant time ni. Memang kena cekal untuk survive di KL. Miskin bandar, tapi sampai sekarang masih keras kayuh. Kami berdua ada degree pun masih survive untuk hidup.” 


Bukan sahaja pekerjaan sebagai Grab Food dapat menampung kehidupan mereka suami isteri, malahan, perbelanjaan bayi mereka yang berusia tiga bulan juga adalah hasil titik peluh mereka melalui Grab Food.

“Baby Laura dah 3 bulan, masih makan duit Grab guys.”


Setiap pekerjaan sudah pastinya ada terselit dugaan, mereka juga tidak terlepas dengan situasi ini. Berpanas, hujan dan sebagainya. 

“Basah kuyup kena hujan lebat, esok demam. Kejar order punya pasal, makan beli bungkus, port tempat asal boleh je, janji redup. Minggu lepas tergolek dog (motor), nasib baik tiada pape.” 



“Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan kami sekeluarga, harap doa kalian akan dialas dengan rezeki melimpah ruah juga, just share untuk pasangan suami isteri hidup kena tolong each other and faham each other. Masing-masing ada tugas untuk jaga rumah tangga.” tulisnya di Twitter.






from The Reporter https://ift.tt/2GZyqPj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/31to1F0
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...