loading...

Friday, 6 December 2019

(Video) Setengah juta ketam (umang-umang) mati selepas cuba jadikan botol plastik terbuang sebagai rumah


Lebih dari setengah juta ketam (umang-umang) mati selepas terperangkap di dalam botol plastik dan sampah sarap di dua buah pulau terpencil. 

Menurut penyelidik, tinjauan yang dilakukan mendapati 508,000 ketam terperangkap di Kepulauan Cocos (keeling) di Lautan Hindi dan 61,000 lagi di Pulau Henderson di Lautan Pasifik. 

Doktor Alex Bond dari Muzium Sejarah Alam berkata, apa yang berlaku adalah kesan daripada perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab membuang sampah terutamanya plastik di merata sehingga menjejaskan hidupan laut. 

Umang-umang hidup di dalam kerang siput laut dan apabila ia mati, ia akan mengeluarkan isyarat kimia kepada spesisnya bahawa cengkerang itu boleh diambil untuk dijadikan rumah. 

Dengan kematian umang-umang di dalam sampah sarap seperti botol dan bekas-bekas lain boleh menarik lebih banyak ketam yang lain ke sampah-sampah itu tanpa menyedari tempat itu sebenarnya adalah perangkap yang boleh membunuh keseluruhan spesis itu yang berada berdekatan. 


Menurut Dr Alex lagi, biarpun hanya seekor sahaja yang mati dan kemudian melepaskan isyarat kimia itu, ia akan menyebabkan lebih ramai yang datang terperangkap dan mati. 










Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2LuJbvJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2PoYIya
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...