Baru-baru ini, Farhan dan isteri baharunya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Dr. Airen berkongsi secara eksklusif dengan Gempak mengenai perhubungan mereka.
"Alhamdulillah, dia sangat memberikan rangsangan motivasi kepada saya. Ke mana sahaja saya pergi, dia selalu ada. Jadi, saya rasa dia macam vitamin. Ada selalu bila dia ada di samping saya.
"Kami tak ada rahsia, apa sahaja kami akan berkongsi. Info, isi hati dan pendapat semuanya kami kongsi. Alhamdulillah kami sering bertoleransi.
"Betul apa yang dah viral, ustaz dah ceraikan dia dengan talak satu pada 3 Disember hari tu. Cumanya berita yang kurang menyenangkan dikata ustaz memukul, mengurungnya dalam rumah dan ustaz berada di China melafazkan cerai, itu yang menjadi fitnah. Netizen terus ambil benda itu bulat-bulat tanpa bertanya pada ustaz sendiri. Amat mendukacitakan.
"...ustaz cuba berbincang dengan lawyer ustaz, jadi segala bukti-bukti diberi pada lawyer dan dialah yang lebih arif untuk mewakili ustaz di mahkamah nanti. Setakat itulah jodoh saya dengan dia (Fatin)," jelasnya.
Sementara itu, isterinya, Dr Airen pula berkata, perkahwinan dengan Farhan merupakan perkahwinan kali ketiga. Malah katanya, Farhan tahu mengenai semua itu dan boleh menerima dia seadanya.
Jelas Dr Airen, suami pertamanya meninggal dunia, manakala suami keduanya pula berpisah dengannya secara rela dan mereka sehingga kini masih lagi berkawan.
"Allah berikan saya pengajaran atas perkahwinan sebelum ini untuk saya jadi kuat sebelum dia temukan saya dengan ustaz.
"Anak-anak saya sangat menyokong perkahwinan ini sebab saya sudah latih mereka dari kecil lagi untuk berfiir secara rasional. Apabila saya kata ada papa baru, mereka akan gembira.
"Saya pergi Makkah untuk menunaikan umrah dengan calon suami lain dan balik semula ke Malaysia dengan lelaki lain (Farhan)," katanya teruja.
Sumber: Astro Awani, Gempak
from The Reporter https://ift.tt/2OUkBq3
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2YoWSkV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment