Kebanyakan orang memilih untuk 'angkat kaki' selepas mendapati pasangan mereka berlaku curang di belakang. Namun, lelaki ini pula tidak dan masih mahu meneruskan hubungannya dengan gadis pilihan.
Lelaki muda dari China ini menyambung pengajiannya di Australia dan bertemu seorang gadis yang berasal dari negaranya sebelum menjalinkan hubungan dan mengikat tali pertunangan.
Menurut lelaki itu, teman wanitanya sangat fokus pada pelajaran dan kerap pergi mengulangkaji di perpustakaan biarpun seorang diri atas alasan tidak mahu fokusnya terganggu.
Sehinggalah satu hari adik lelaki itu datang menziarahi abangnya di Perth. Sekembalinya dari Australia, si adik mengutus surat yang meminta dia memutuskan hubungan dengan gadis itu.
Dalam surat itu juga, si adik meminta abangnya melayari satu laman web lucah dengan ayat spesifik bagi memudahkannya.
Hairan dengan tindakan si adik, lelaki itu akur dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati perempuan yang berada di dalam video itu sama seperti wajah tunangnya yang sedang melakukan hubungan intim dengan lelaki lain.
Rupa-rupanya, gadis itu melakukan 'kerja sambilan' di belakangnya selama ini sebagai pekerja khidmat seks yang mencari pelanggan melalui internet.
Lelaki itu kemudian berdepan dengan tunangnya dan meminta penjelasan. Namun, jawapan gadis itu membuatkan ramai terkedu.
"Saya nak tanya awak sesuatu. Nampak familiar tak wajah individu ini? Ini awak ke? Ini awak pergi ke 'library' ke?" soalnya.
"Tak perlu tanya sama ada saya atau bukan dalam gambar itu dan saya rasa saya tak perlu beri sebarang penjelasan," jawab tunangnya.
Lelaki itu bertanya mengapa dia berbuat demikian dan jawab tunangnya, "Saya buat untuk duit lah, apa lagi? Lantaklah awak nak terima atau tak, saya tak kisah pun."
"Habis tu? Kasut Louboutin yang saya belikan tu tak cukup ke?" soalnya lagi.
"Ya, mungkin ia tak cukup," balas tunangnya.
Walaupun begitu, lelaki berkenaan masih mahu meneruskan niatnya berkahwin dengan tunangnya membuatkan gadis itu terkejut dan bertanya apakah dia benar-benar bermaksud demikian? Lelaki itu berkata, dia perlu memberitahu bapa tunangnya mengenai penemuan yang tidak disangkakan itu terlebih dahulu.
"Suka hati. Kalau itu yang buat awak rasa baik, buatlah dan beritahu ayah saya mengenainya," katanya.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak memberitahu bapanya. Malah dia cuba memujuk tunangnya yang kemudian tidak mahu lagi meneruskan pertunangan mereka.
Gadis itu menyahaktifkan semua akaun media sosial yang digunakan untuk melakukan perkhidmatan terkutuk itu dan mengambil keputusan untuk terus menetap di Australia. Manakala si lelaki itu pula sudah pulang ke China.
Sumber: China Press, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2P0AZWf
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/343nYzs
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment