Menurut kenyataan Apeh Jamal di Facebooknya, kereta Perodua Kenari BFW6019 miliknya telah dilarikan oleh waita itu sejak 2013. Malah menurut rekod postnya di Facebook sebelum ini, dia telah menawarkan RM1,000 kepada individu yang berjaya mencari keretanya itu.
"Okay, aku dah dapat dah perempuan yang bawak lari kereta aku, Kenari, plate BFW6019 hilang tak bayar-bayar. Aku kena bayar kat bank RM10,000 untuk cuci nama aku pasal dia ni.
"Dia sekarang dah jadi bini Da'i Ustaz 18 19 yang tengah viral. Siapa tahu macam mana nak kontek dia, tolong suruh Dr Aerin ni call aku.
"Dunia ni kecik boss, bayar RM10,000 aku settle. Dari 2013 aku carik dia ni," tulisnya.
Posting Apeh itu mendapat banyak perhatian netizen yang kini telah dishare lebih dari 9,000 kali.
Tidak berapa lama selepas posting pertama viral, Apeh memaklumkan dia telah menemui kereta itu yang berada berdekatan dengan rumahnya.
"Di atas kuasa viral, jumpa kereta ini tak sampai 3 kilometer dari rumah. Memang tak jumpalah sebelum ini, dah tukar plate tak wujud. Jumpa pun depan kedai lama dia," tulis Apeh.
Berdasarkan video yang dikongsikan, Apeh menunjukkan nombor casis yang tertera pada geran kereta dan sama seperti yang terdapat pada kenderaan itu.
Posting itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen dan aura isu 18 19 kini semakin mendapat perhatian. Tidak kurang juga ada netizen yang enggan mengambil tahu kerana ia tidak akan menurunkan harga minyak semasa.
from The Reporter https://ift.tt/367Cmba
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2DRicX7
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment