Setiap pasangan pasti mahukan hubungan mereka berkekalan dan jika berlaku sedikit perselisihan faham, itu adalah normal dan kebiasaannya ia akan berakhir segera di mana salah seorang akan merendahkan egonya untuk meminta maaf.
Tetapi, bagi jenis lelaki yang tidak menghargai atau menghormati isteri, mereka dilayan seperti orang gaji atau paling teruk ada yang berkahwin kerana nafsu. Baca perkongsian dari pengguna Twitter ini mengenai beberapa kisah pasangan suami isteri, semoga menjadi pengajaran buat kita semua.
PEREMPUAN YANG MALANG ADALAH PEREMPUAN YANG SALAH PILIH SUAMI
ADA seorang uncle berusia lingkungan 70-an usya kawan saya yang berusia 20-an. Alasannya, bini dah tak boleh bagi kepuasan. Aku tak boleh terima apabila dia bercerita mengenai bini dia tak bagi dia puas.
Ada seorang kakak datang ke farmasi beberapa minggu yang lalu dengan bayinya yang baru lahir, nak cari ubat asthma. Tetapi hari ini dia datang minta ubat stop produse susu sebab anak dah meninggal dunia.
Tengah aku jelaskan cara makan ubat, suami dia masuk farmasi dengan muka masam.
"Dah ke belum? Lambat dah ni."
Isteri dia muka takut, gelabah bayar dan terus keluar. Aku macam, bini kau sakit bengkak susu sebab anak kau, kau nak dingin sampai dia takut dengan kau apsal bongok? Aku kesian dengan kakak tu.
Seorang lelaki usya salah seorang staff farmasi masa beli ubat. Padahal anak bini dia ada dalam kereta. Sumpah aku kesian dekat anak bini dia.
Dia beli ubat untuk anak dia dan aku macam, "Kau tak ingat anak bini kau ke jilake?"
Ada sepasang suami isteri beli ubat masing-masing. Selepas selesai pack semua ubat-ubatan mereka, isteri minta tolong bayarkan dulu sebab tak ada cash tetapi suami tak mahu bayarkan.
"Ah takde-takde. Kau bayar sendiri ubat kau."
Aku terus macam, "Tolong bayarkan je kot. Dengan bini pun nak berkira."
So please sebelum kahwin, kau masih ada apeluang untuk keluar dari hidup lelaki yang tak reti menghargai kau, tak reti hormat perempuan, yang tak ambil tahu soal tanggungjawab, yang banyak seksa hati kau dan lain-lain. Tapi selepas kahwin, susah girls, susah.
Jalan relakan diri disakiti, perjudi masa depan kau dengna harapan dia berubah kalau sebelum kahwin pun tak nampak effort untuk dia ubah diri dia. Kau boleh pilih sesiapa untuk dijadikan suami tetapi anak-anakkau tak boleh siapa untuk jadi bapa mereka.
Aku tak bermaksud nak menakutkan korang dengan alam perkahwinan. Ada je lelaki baik yang aku jumpa. Kalau nak cerita, ramai juga. Kawan-kawan aku, ayah aku, boss aku, customer aku.
Aku percaya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Parner kita cerminan diri kita. Semoga tuhan mempermudahkan segala urusan kita dalam mengubah diri kita ke arah yang lebih baik. Amin.
Sumber: @nurhdyh21
from The Reporter https://ift.tt/33e3Eex
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/33g0Dug
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment