Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disarankan untuk meletak jawatan jika gagal membela nasib riders Foodpanda.
Pengerusi Sekretariat Gabungan Anak Muda Malaysia, Muhammad Faizal Sufar meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengangkat Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk menggantikan Syed Saddiq.
"Saya lihat tiada wakil anak muda dalam Pakatan Harapan (PH) boleh diangkat sebagai ikon, namun Nik Nazmi lebih baik kerana pengalamannya dalam Angkatan Muda Keadilan.
"Bukan hanya isu Foodpanda, sebelum ini banyak janji ditabur oleh Syed Saddiq namun tidak nampak ia dilaksanakan," katanya.
Bagaimanapun, saranan Muhammad Faizal itu dianggap tidak masuk akal dan 'terlalu cerdik'.
APA KATA NETIZEN
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/2AWEo0w
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2p9Dlr9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment