loading...

Friday, 31 May 2019

'Saya kalah dengan nafsu daun ketum' - Pelajar SPM 7A merengkok dalam penjara kerana ketagih air ketum


Mencapai keputusan tujuh A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepatutnya telah melayakkan diri untuk merasai keseronokan di pusat pengajian tinggi.

Tetapi keadaan itu tidak berlaku ke atas Ahmad, 17, (bukan nama sebenar) apabila terpaksa merengkok di dalam penjara gara-gara ketagih air ketum, setelah tersilap memilih kawan selepas peperiksaan SPM pada 2017.

Dia yang ditemu bual Bernama di Penjara Marang baru-baru ini mengakui menyesal atas perbuatannya sedangkan sepanjang belajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bahru, Kelantan, beliau adalah pelajar contoh dan cemerlang.

Ahmad dijatuhi hukuman penjara selama setahun setelah mengaku bersalah memiliki sekilogram daun ketum pada 2018 dan perlu menjalani hukuman itu sehingga Ogos ini. 

"Saya akui kesilapan ini berlaku akibat diri sendiri. Saya sunyi tiada kawan karib dan banyak kali berasa keseorangan hinggalah bertemu dengan lima rakan sekampung yang sudi berbual dan mereka mula menunjukkan keprihatinan.

“Dalam tempoh mereka rapat dengan saya itu, beberapa kali dapat tengok mereka menelan pil kuda dan air ketum, tetapi masih mampu mengelak. Namun perasaan ingin tahu itu lebih menebal hingga akhirnya saya ketagih hingga sanggup menghabiskan duit untuk membelinya,” katanya yang berkesempatan belajar di Sekolah Integriti yang disediakan pihak penjara.

Perubahan yang menimpa dirinya itu bukan sahaja mengecewakan ibunya tetapi juga dalam kalangan guru yang terkejut dengan perubahan mendadak malah apabila menerima keputusan SPM, beliau menganggap kemasukan ke universiti adalah penghalang kepadanya untuk mendapatkan air ketum.

“Kawan-kawan katakan saya akan alami kesukaran jika belajar lagi kerana di sana tiada air ketum. Ketika fikiran tengah berkecamuk saya sanggup abaikan permohonan ke mana-mana pusat pengajian tinggi dan fokus bekerja di kilang papan untuk dapatkan duit,” katanya yang merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Ahmad mengakui terkilan dengan perbuatannya dan ia sentiasa bermain di fikiran hingga timbul rasa cemburu apabila mendapat khabar rakan sebaya telah mula sambung belajar sedangkan dia terpaksa mengharungi kehidupan sukar di sebalik tirai besi.

Ketika di penjara, beliau mengubati kesunyian dan kekesalan itu dengan bergiat aktif dalam bidang teater anjuran sekolah tersebut, malah guru di situ menyifatkan Ahmad seorang yang pintar serta berbudi bahasa.

Berkongsi pengalaman pertama kali berpuasa di penjara, Ahmad berkata ia amat menyedihkan walaupun menyedari keluarganya bukanlah kaya dan mampu menyediakan makanan yang mewah sebelum ini, tetapi sekurang-kurangnya dapat menatap wajah ibu.

"Ini baru puasa, tidak tahulah bagaimana keadaan hari raya nanti tetapi saya masih tetap bersyukur kerana ibu masih sudi jumpa saya di penjara dan sempat mohon maaf baru-baru ini," katanya yang bersyukur berikutan masih ramai banduan seusianya yang tidak mendapat perhatian keluarga dan tidak pernah dilawati.

Tekad untuk berubah serta menjauhi mereka yang liar menjadi fokus utama Ahmad apabila melangkah keluar penjara itu nanti dan perkara pertama yang ingin dilakukan ialah memeluk ibunya bagi memohon ampun.

Ahmad yang bertubuh kecil itu sudah mulai sedar bahawa tindakannya telah menghancurkan harapan ibunya berusia 41 tahun apatah lagi dia pernah berjanji untuk mengubah nasib keluarga.

Menurutnya, bapanya yang berusia 42 tahun kini berada dalam tahanan penjara di Machang, Kelantan manakala kakaknya, 21, di penjara Pengkalan Chepa, Kelantan, kerana kedua-duanya terlibat dengan dadah.

"Saya ada fikir...sepatutnya saya yang kena ubah keluarga, mak selalu pesan supaya tunjuk yang terbaik. Selepas ayah dan mak bercerai ketika saya berusia 12 tahun, selalu dengar orang maki hamun keluarga saya.

"Masa tu saya tekad nak buktikan saya berjaya...entah macam mana saya lalai dan kalah dengan nafsu untuk daun ketum ni...masa awal kena tahan dulu pun saya bagaikan tersentap dan tidak percaya. Cuba juga buka gari tetapi tidak berjaya kerana terlalu ketat dan sakit," katanya dengan suara sebak dan hiba.

Ahmad memperoleh keputusan 7A, 1B, 1C dan 1D dalam SPM 2017 dan menurut kaunselor di Penjara Marang Nor Fakhrini Abdul Razab, 33, pihaknya akan berusaha memohon politeknik atau mana-mana pusat pengajian yang sesuai untuk Ahmad. 

“Beliau seorang yang bijak, sentiasa bertanya dan mudah menerima arahan. Lihatlah kelakuan dia...sangat sopan. Saya sedih apabila memikirkan bagaimana dia boleh terjebak. Ramai pelajar saya temui di sini tetapi saya dapati Ahmad punya masa depan yang baik jika dia bersedia berubah dan keluar daripada masalah lama.

“Semoga pengalaman di sini mampu memberi pengalaman berharga buatnya dan Ahmad akan menjadi insan berguna kepada masyarakat,” katanya yang telah berkhidmat di penjara tersebut sejak 2014.

Sumber: Bernama


from The Reporter http://bit.ly/2MnQLuX
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2YYq5Cv
via IFTTT

Tiada bukti kukuh, bapa tampar bayi sampai mati mungkin akan dibebaskan


Seorang bapa yang didakwa menampar hingga mati bayi perempuannya berusia enam bulan dijangka dibebaskan berikutan polis tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwanya.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohamad berkata, bedah siasat terhadap bayi perempuan itu tidak menemui kecederaan atau pendarahan serius selain doktor mengesahkan suspek tidak mengalami masalah mental seperti yang dilaporkan.

“Polis tidak menolak kemungkinan bayi pasangan itu mempunyai sejarah penyakit yang tidak diketahui,” katanya kepada media selepas melancarkan Op Selamat 15 sempena Perayaan Aidilifitri di Kilometer 26 Jalan Kuala Perlis-Changlun di sini, hari ini.

Bagaimanapun, polis masih menunggu laporan ujian deoksiribonukleik (DNA) pasangan itu daripada Jabatan Kimia, katanya”

Noor Mushar berkata ibu bayi itu yang merupakan rakyat Thailand kemungkinan ditahan di bawah Akta Imigresen 1963 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Sabtu lepas, lelaki berumur 44 tahun itu ditahan kerana disyaki menampar sehingga mati bayi itu selepas bertengkar dengan isterinya yang memaksa beliau makan ubat sakit mental di kediaman mereka di Kampung Baroh, Santan di sini.

Beliau direman sejak Rabu lepas dengan tempoh reman itu dijangka berakhir pada 4 Jun depan. - Bernama

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter http://bit.ly/2wspUTR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2wvoSX5
via IFTTT

Membawang sampai kepala tersangkut di celah jeriji pintu selama 5 jam


Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila kepalanya tersangkut di jeriji besi rumah jirannya selama jam. 

Dalam kejadian yang berlaku di bandar La Virginia, mangsa sebelum itu pergi ke rumah jirannya.

Mangsa 'membawang' dengan jirannya dengan menyandarkan kepala di jeriji pintu dan secara tiba-tiba kepalanya termasuk ke celah besi jeriji tersebut. 

Menurut laporan lain pula, mangsa dikatakan memasukkan kepalanya di celah jeriji besi itu untuk memanggil atau melihat sama ada jirannya ada di rumah atau tidak tanpa menyedari tindakannya itu membuatkan kepalanya tersekat. 

Jirannya yang menyedari kejadian itu segera datang membantu mengeluarkan kepalanya, tetapi gagal berbuat demikian, lalu menghubungi pihak bomba untuk datang membantu. 

Mangsa terpaksa menahan derita selama lima jam sebelum anggota bomba tiba di lokasi dan memotong jeriji besi itu untuk menyelamatkannya. 

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi trauma dengan keletihan selepas lima jam menahan kesakitan kepala tersangkut di jeriji besi. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2MjmSvO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2QCMFOf
via IFTTT

Remaja maut selepas main PUBG 6 jam tanpa henti


Ketagihan melampau seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pada permainan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) akhirnya mengundang padah apabila mangsa dilaporkan meninggal dunia selepas bermain PUBG selama enam jam. 

Hindustan Times melaporkan, mangsa, Furkhan Qureshi, 16, dari Madhya Pradesh, India, rebah selepas enam jam bermain PUBG pada Selasa lalu, terus dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. 

Bapa mangsa, Harun Rashid Qureshi berkata, Furkhan mula bermain PUBG selepas waktu maka tengah hari dan berterusan selama enam jam. 

"Sebelum rebah, dia menjadi tertekan dan mula menengking pemain lain," katanya.

Pada waktu kejadian itu, adiknya, Fiza Qureshi yang duduk di sebelah mangsa memberitahu bagaimana abangnya melenting sehingga melemparkan telefon pintar dan fon kepala kerana tidak berpuas hati dengan salah seorang pemain yang juga rakannya. 

Mangsa kemudian rebah dan dikejarkan ke hospital, namun doktor mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. 

Pakar Kardiologi, Dr Ashok Jain berkata, Furkhan dibawa ke hospital dalam keadaan tanpa denyutan nadi. 

"Kami cuba menyelamatkannya dengan melakukan renjatan dan menyuntik ubat, tetapi gagal. 

"Keghairahannya bermain PUBG mugkin menyebabkan adrenalinnya mengalir deras sehingga berlaku serangan jantung. 

"Saya merayu kepada generasi muda supaya mengelakkan daripada bermain PUBG seumpamanya kerana ia boleh menyebabkan serangan jantung," katanya. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://bit.ly/2WEQ7wY
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2JSup2L
via IFTTT

(Video) 'Weh! Apa benda letak produk tester dekat jerawat???'


"Weh! Apa benda letak produk tesster dekat jerawat??? You guys yang suka makeup pakai tester ni, tengok. Entah-entah lipstick yang you tenyeh dekat lips tu dah singgah dekat jerawat siapa-siapa dah," demikian kata netizen.

Terdahulu, viral video seorang gadis memakai produk tester di mukanya yang berjerawat membuatkan netizen terutamanya golongan wanita berasa kurang senang dengna perbuatannya itu yang dianggap tidak bertanggungjawab.

Video yang dimuat naik oleh Ayie (@Ayiesooo), menunjukkan gadis terbabit menyapukan lipstik tester di muka termasuk di bahagian yang berjerawat. 




REAKSI NETIZEN










Netizen menggesa pihak Watson dan Guardian mengambil maklum mengenai perbuatan pelanggan seperti ini agar ia tidak berulang lagi. 

Menyedari perkara itu viral, Lily Brahim tampil memberi kenyataan balasnya melalui YouTube. 

"Please BEAR in mind that I do not ENCOURAGE korang untuk letak makeup tester dekat muka sebab it is non HYGIENIC. Kotor dan saya tahu je the consequences, tapi saja sebab ramai YOUTUBER kat US buat, so try nak buat jugak. Kalau tak suka, takpelah. You are free to comments apa-apa je. I suka baca so I can consider it as feedbacks.

"Since ramai condemn part I apply lipstick straight dekat muka and muka I berjerawat and tulis kata-kata kesat cakap I pengotor thats why muka berjerawat. Ye I know that my face berjerawat and all, I should consider to bring hygiene stuff like cotton pads and tissue or alcohol spritz like you guys suggested. If I were to do this again, I will take noted all the suggestions

"Tapi kata-kata korang macam “euw patutlah muka berjerawat” that is body shaming. Fikir sebelum komen ye.. I tak minta korang komen benda-benda nice for ears to hear but komen membina.

"Just to clear things up, actually I ada je tisu, I dah lap dekat tisu tapi I bawa tisu sikit je yang mana ada dalam kereta. I cut the part yang I lap sebab I ingat that one is unnecessary to put in the video. Tak sangka so many people use this point to backfire me

"I'll be more careful after this, nak komen apa-apa pun just komen jelah, it is your opinion. I tak kisah since I buat my video untuk public tengok. But please elak to use perkataan f***/disgusting.

"Part yang I cakap I tak bawa tisu untuk lap mascara smudge tu sebab tisu I dah kotor, semua dah I guna untuk lap mekeup² tu. So harap faham. Komenlah dengan perkataan membina," katanya.

Sumber: Ayie, Lily Brahim


from The Reporter http://bit.ly/2QyY6Go
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2wxGLEN
via IFTTT

'Ghost Train', jam 4.20 pagi muncul membelah kabus pagi yang tebal


Bagi sesebuah kawasan pedalaman, sistem pengangkutan menjadi masalah kepada pekerja dan juga pelajar-pelajar sekolah. Jarak antara kediaman dan lokasi yang dituju memakan masa yang lama. 

Seperti di Kuala Gris, Kelantan kereta api menjadi pengangkutan orang ramai, terutamanya pelajar sekolah. Ketika pelajar-pelajar lain masih enak dibuai mimpi, para pelajar ini sudah terpacak di stesen keretapi untuk menuju ke sekolah. Dikatakan suatu ketika dulu, pada jam 6.00 pagi kereta api sudah tiba di Kuala Gris.

MENGAPA “Ghost Train”? Ianya hanyalah sekadar gelaran yang saya rasa sesuai untuk keadaan semasa saya merakam gambar ini. Kereta api Kelantan Shuttle yang berlepas dari Stesen Kereta Api Tumpat pada jam 4:20 pagi yang muncul di balik kabus tebal pagi di Kuala Gris ini seolah-olah seperti kereta api hantu, tiba-tiba muncul sahaja membelah kabus pagi yang tebal.


Kuala Krai boleh dikatakan antara kawasan paling sejuk di Semenanjung Malaysia selain di Cameron Highlands sewaktu Tiupan Angin Sejuk dari Tanah Besar China Februari lalu. Jadi suasana yang berkabus bukanlah asing di Daerah Kuala Krai ini.

Cuma satu ketika dahulu kereta api shuttle ini tiba di Kuala Gris lebih awal lagi daripada waktu sekarang. Dahulu kereta api shuttle bergerak seawal jam 3:00 pagi dari Tumpat dan tiba di Kuala Gris sekitar jam 6:00 pagi, masih gelap lagi. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jadualnya sudah berubah dan kereta api ini tiba di Kuala Gris sekitar jam 7:10 pagi atau 7:15 pagi dari Tumpat.

Saya ke Kuala Gris kerana ingin merasa pengalaman menaiki kereta api awal pagi ini bersama pelajar-pelajar sekolah ini. Saya boleh tunggu sahaja mereka tiba di Stesen Keretapi Dabong sekitar jam 7:30 pagi tetapi saya memilih untuk bersama mereka di Kuala Gris.


Selepas sahaja selesai solat Subuh di Masjid Mukim Kuala Gris, saya mengikuti adik Muhammad Redzuan yang solat sekali di masjid yang sama, berjalan kaki ke Stesen Kuala Gris ini. Sewaktu tiba di Stesen Kuala Gris ini yang hanya mempunyai dua buah pondok menunggu, belum ada pelajar sekolah lain lagi.

Keadaan masih gelap dan sunyi, cuma selang beberapa minit selepas itu barulah kelihatan kelibat seorang demi seorang pelajar sekolah tiba yang mana boleh dikatakan rata-rata dari mereka tiba dengan berjalan kaki, hanya ada 2-3 orang sahaja pelajar yang dihantar oleh keluarga mereka sama ada ibu atau ayah mereka dengan menggunakan motosikal.

Kesemua pelajar yang menaiki kereta api ini adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, kerana di Kuala Geris hanya ada sekolah rendah sahaja. Selain itu, kereta api ini juga membawa pelajar-pelajar dari Stesen Ulu Temiang, Slow Pak Long dan juga Bukit Abu.


Kebanyakan penduduk tempatan terutamanya pelajar-pelajar sekolah di kawasan ini sangat bergantung kepada perkhidmatan kereta api ini untuk ke sekolah. 

Kepada yang bertanya, apakah tiada jalan darat untuk ke Sekolah Menegah Kebangsaan Dabong? Jawapannya memang ada tetapi agak jauh dan gelap sunyi terutamanya awal pagi.

Lebih mudah lagi untuk pelajar-pelajar ini menaiki kereta api ini untuk ke sekolah yang mana ibu bapa tidak perlu berulang alik sejauh lebih 15 kilometer dari Kuala Gris ke Dabong semata-mata untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan menjemput pula mereka sebelah petangnya. 


Jarak antara sekolah mereka dengan Stesen Kereta Api Dabong hanya sekitar 100 hingga 150 meter sahaja dan sebelah petangnya pula ada kereta api shuttle yang menanti mereka sekitar jam 2:30 petang untuk membawa mereka pulang semula.

Sekadar maklumat, untuk jarak perjalanan sekitar 1 kilometer dengan masa perjalanan lebih kurang 20 minit, tambang yang dikenakan hanyalah RM1 sahaja sehala dari Kuala Gris ke Dabong. Untuk perjalanan dari Wakaf Bharu ke Kuala Gris yang memakan masa selama 3 jam, tambang yang dikenakan hanyalah RM5 sahaja. 

"KENANGAN TERINDAH"

Sumber: Mat Hassan, Wazari Wazir


from The Reporter http://bit.ly/30Y18J3
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2ELGxP0
via IFTTT

Terjatuh ketika potong dahan, badan tertusuk besi pagar


Seorang lelaki berusia 44 tahun tertusuk besi pagar di belakang badannya selepas terjatuh dari tangga ketika cuba memotong dahan pokok. 

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi Khamis di sebuah bangunan pejabat di Nonthaburi, Thailand, mangsa yang mengambil upah untuk memotong dahan pokok. 

Malangnya, ketika melakukan kerja-kerja itu, mangsa terjatuh dan lalu belakang badannya tertusuk pada besi pagar. 

Mangsa menjerit kesakitan dan jeritannya itu didengari oleh kakitangan dalam bangunan yang kemudian keluar untuk membantunya. 

Melihat pada keadaan ngeri mangsa membuatkan tiada sesiapa yang berani mengambil tindakan sendiri, lalu menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan. 

Pasukan penyelamat dan perubatan dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba tidak beberapa lama selepas itu. 

Pasukan penyelamat menghadapi sedikit kesukaran untuk menurunkan mangsa kerana ada anggotanya yang digigit semut api. 





Setelah 15 minit kemudian, besi pagar dipotong dan mangsa diturunkan lalu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. 

Tidak diketahui nasib mangsa. 



from The Reporter http://bit.ly/2QAH9eM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/30XlP7X
via IFTTT

Pemandu disaman kerana menggaru muka ketika memandu


Seorang lelaki di China disaman pihak berkuasa selepas kamera trafik yang menggunakan sistem pengecaman muka merakam perbuatannya yang sedang menggaru muka ketika memandu. 

Jilu Evening Post melaporkan, pemandu bernama Liu itu di Jinan, Shandong, China pada Isnin lalu dan mengangkat tangannya untuk menggaru muka ketika melalui kamera trafik tersebut. 

Beberapa hari kemudian, Liau meerima makluman yang menyatakan dia telah melanggar undang-undang jalan raya kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Malah, gambar dari kamera trafik juga turut disertakan kepadanya. 

Liu dikenakan dimerit dan diarahkan membayar denda sebanyak 50 yuan (RM30).

Liu cuba berbincang dengan pihak berkuasa mengenai perkara itu, namun tiada pegawai yang mahu melayani panggilan telefonnya. 

Sementara itu, The Global Times melaporkan saman tersebut telah dibatalkan dan menjelaskan kamera pengawasan trafik itu akan merakam gambar pemandu secara automatik jika melakukan kesalahan menyebabkan ia tersalah sangka tindakan Liu menggaru muka dianggap sedang menggunakan telefon bimbit. 

Sumber: BBC


from The Reporter http://bit.ly/2Inciin
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2EKUNHE
via IFTTT

Wanita putus kepala gara-gara earphone tersangkut di pintu lif


Seorang wanita berusia 48 tahun maut selepas kepala terputus akibat tersangkut pada lif yang tidak berbumbung di sebuah kilang plastik di Vadodara, Uttar pradesh, India, Isnin lalu, lapor Indian Express

Difahamkan, mangsa, Sushila Vishwakarma sampai ke tempat kerja pada jam 8 pagi dan selepas habis waktu bekerja di tingkat bawah, Sushila menggunakan lif naik ke tingkat empat. 

Tidak diketahui bagaimanapun kejadian itu boleh berlaku, namun polis percaya fon telinga mangsa mungkin tersangkut pada pintu lif kerana mereka menemui fon telinga itu masih berada di kepala mangsa. 

Kepala mangsa ditemui di tingkat bawah, manakala badannya ditemui dalam lif di tingkat empat.

"Kami telah menghantar mayat mangsa untuk menjalani post mortem dan kami sedang menyiasat segala kemungkinan bagaimana kepalanya tersangkut sama ada ia disebabkan fon telinga atau benda lain. 

"Kami juga akan menyiasat sama ada lif itu rosak atau sebaliknya," kata Inspektor Tr Bamaniya. 


from The Reporter http://bit.ly/2Xheqy7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Xps16R
via IFTTT

(Video) 'You f***ing a**h*le!' - Pemandu e-hailing ditumbuk penumpang sebab tak nak bawa laju


Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing, Lyft, di Bandar New York cedera dipukul penumpang yang gagal mengawal dirinya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 petang 23 Mei lalu dirakam dashcam menunjukkan mangsa ditumbuk suspek bertubi-tubi di bahagian muka dan kepala. 

Terdahulu, mangsa, Eduardo Madiedo, 36, mengambil penumpang lelaki dan wanita yang meminta dihantar ke Mount Sinai Hospital. 

Dalam perjalanan, lelaki itu kelihatan gelisah, baring di pangkuan wanita itu dan mengerang di tempat duduk belakang. 

Selepas 11 minit perjalanan, lelaki itu meminta Eduardo memandu laju ke destinasinya. 

"Maaf encik, saya tak dapat potong kereta yang berada di hadapan ini," balas Eduardo. 

"Kenapa?" soal suspek. 

"Kalau encik berterusan bersikap kurang ajar begini, saya akan berhenti di tepi jalan sekarang juga," kata Eduardo. 

Berang dengan kata-kata itu, suspek terus menumbuk kepala mangsa bertubi-tubi dari belakang sambil dihalang oleh wanita terbabit. 

Eduardo tidak mengalami kecederaan serius dalam kejadian itu. Jabatan Polis New York sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut. 



Insiden itu membuatkan golongan pemandu e-hailing di negara itu mengadakan protes berhubung gaji rendah dan tahap keselamatan pemandu e-hailing yang terancam. 

Juga dilaporkan 20 pemandu Lyft di Bandar New York juga pernah menjadi sasaran sindiket jenayah rompak yang telah dirancang. Selain itu, terdapat kes di mana penumpang mengambil telefon bimbit mereka dan membuat transaksi digital dari wang milik pemandu ke akaun peribadi mereka. 

30 Mei, pihak Lyft mengumumkan bahawa mereka akan menyekat penumpang yang mendapat rating rendah. 

Sumber: Now This


from The Reporter http://bit.ly/2Xp77EV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2KiehXM
via IFTTT

'Ala bukan boleh kaya pun guna muka you!' - Chef Wan suruh anak saman peniaga karipap biadab



from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2XfGt0U
via IFTTT

'Toksah bangga kat media sosial 'social services' UK mai melawat' - Doktor bidas suami agungkan khidmat bersalin di UK


Viral di media sosial mengenai kelebihan perkhidmatan bagi ibu hamil yang disediakan di United Kingdom. Netizen memuji kelebihan yang diperoleh oleh rakyat di negara berkenaan dan membandingkan kemudahan yang disediakan di Malaysia.

Susulan viral tersebut, Dr Imelda Balchin memberikan penjelasan terhadap isu ini. Beliau mengatakan sekiranya perkhidmatan kesihatan negara UK datang membuat rujukan, itu bermakna mereka datang untuk menyiasat dan memastikan samada ibu bapa bertanggungjawab atau tidak. 

MAI nak habaq. Jika perkhidmatan kesihatan negara UK membuat rujukan ‘keluarga hangpa’ kepada social services dan kemudian pihak social care mai rumah hangpa, ini bermakna depa DATANG MENYIASAT dan nak mempastikan hangpa ni ibu bapa bertanggungjawab ke tidak, sampai nak mai menyibuk tengok hangpa jaga kebersihan rumah ke tidak. 

Ini bermakna, ada pihak yang telah membuat laporan tentang keluarga hangpa kepada social services sebab ada ‘concern’ atau isu tentang keluarga hangpa yang membimbangkan. 

Yang akan datang ke rumah hangpa selepas bersalin untuk pantau kesihatan ibu dan bayi ialah jururawat masyarakat atau bidan, bukan social services. Kalau social services tu ketuk pintu rumah hangpa tu maknanya mereka sudah terima laporan tentang hangpa. 

Toksahlaa bangga pi habaq kat semua orang di media sosial yang ‘social services’ mai melawat rumah hangpa, lepaih tu buat puji-pujian pulak baguih naaa NHS hormat keputusan hangpa tak mau bagi vaksin kat anak hangpa. 

Depa akan senyum saja kat hangpa sebab ini budaya mereka. Jika depa dapat bukti ada masalah ‘CUAI’ sebagai ibu bapa, depa akan ambil tindakan, sambil senyum kepada anda. 

Adoi laaaa. Tepuk dahi. 


ARTIKEL BERKAITAN


from The Reporter http://bit.ly/2XhaRYT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2QG1EqE
via IFTTT

'Dia hendak melanggar & menghimpit saya' - Danial mengaku bersalah, mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 bulan


Mahkamah Majistert Petaling Jaya hari ini menjatuhkan hukuman penjara minimum 12 bulan terhadap penunggang motosikal yang menghentak helmet pada cermin hadapan sebuah kereta sehingga pecah atas kesalahan melakukan khianat. 

Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Danial Abdullah Tan, 31, mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. 

Tertuduh diperintah menjalani hukuman itu bermula dari tarikah dia ditangkap, semalam. 

Berdasarkan pertuduhan, Danial didakwa melakukan perbuatan khianat dan mengetuk cermin hadapan kereta mangsa lelaki berusia 58 tahun itu menggunakan topi keledar sehingga pecah di Jalan Kasturi Seksyen 12, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan, jam 5.30 petang, pada 28 Mei lalu.

Tertuduh dibicarakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. 

Sepanjang prosiding berlangsung, Danial hanya menundukkan kepalanya, malah suaranya tersekat-sekat serta menangis ketika disoal Majistret Nurshahirah mengapa dia bertindak sedemikian. 

Danial berkata, pemandu kereta itu mahu melanggarnya lalu dia menghalang pemandu itu dari meneruskan perjalanan dan berlaku kejadian yang sepatutnya tidak berlaku itu. 

"Puncanya dia (pengadu) hendak melanggar dan menghimpit saya. Saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh," katanya dengan nada sebak dan meminta maaf di atas perbuatannya itu. 

Beberapa ahli keluarga Danial turut berada di galeri awam mengikuti prosiding pendakwaan itu. 

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh atas alasan kesalahan membabitkan pembuli jalanan kerap berlaku dan memandangkan tertuduh berusia 31 tahun yang sepatutnya dalam fasa matang. 

Bagaimanapun, peguamnya tertuduh, Nur Rafiuddin Mas Wari, merayu mahkamah meringankan hukuman atas alasan tertuduh adalah pekerja stro dan mempunyai anak berusia tiga dan satu tahun serta kesalahan yang dilakukan itu bukanlah sesuatu yang dirancang. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter http://bit.ly/2EKu6mm
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2XoMYih
via IFTTT

Thursday, 30 May 2019

'Ya Allah, banyaknya kemudahan VVIP & sangat ambil berat pada ibu bakal bersalin' - Netizen teruja dengan perkongsian pengalaman bersalin di UK


Setiap ibu bapa sudah pasti teruja menyambut kelahiran cahaya mata. Segala persiapan sudah pasti disediakan untuk keselesaan si manja. Si ibu pula perlu bersedia fizikal dan mental untuk menunggu hari yang dinantikan. Segalanya memerlukan kerjasama suami dan isteri untuk memastikan segalanya dipermudahkan.

Berbeza di United Kingdom (UK), seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini segala persiapan bagi ibu bersalin dipermudahkan. Wakil Kesihatan Sosial akan sentiasa memantau perkembangan mereka dari segi kelengkapan bayi, emosi si ibu, pemantauan semasa bersalin dan selepas bersalin. Undang-undang akan dikenakan kepada ibu bapa sekiranya tidak mematuhi segala peraturan yang disediakan.

PENGALAMAN bersalin di UK. Sebulan sebelum due, wakil social health datang ke rumah check barang-barang apa yang dah beli untuk preparation sambut bayi lahir. Seperti baby car seat, baby cot, pakaian baby dan lain-lain.

Kalau tak beli lagi, seminggu selepas itu dia mari check pula tanya khabar. Kalau tak beli juga, tindakan undang-undang akan dikenakan. Kalau tak ada duit nak beli lagi, inform je pada mereka. Nanti mereka akan berikan peruntukan kewangan untuk dapatkan barang-barang baby. Yang penting semua kelengkapan bayi tu cukup sebelum dilahirkan.


Tapi, Alhamdulillah saya dah beli semua dah walaupun sepanjang tempoh kehamilan isteri saya macam-macam barang baby dapat secara percuma.

Selepas itu dia tanya lagi, apa persediaan kita untuk sambut bayi ini, persediaan suami macam mana, adakah suami membantu atau beri tekanan untuk sambut bayi ini.

Dia periksa kebersihan rumah, dalam bilik, dapur semua dia masuk periksa termasuk binatang peliharaan pun dia tanya dan catit.

Kalau suami tak membantu dan lihat muka isteri monyok unhappy dan stress, dia akan catat dalam note. Jika berlaku apa-apa pada isteri, suami kena tindakan undang-undang. Aduh jeng jadi suami di UK ni.


Dia tanya lagi, nak bersalin di hospital, rumah atau birth center. Kalau di hospital boleh bersalin dalam air, atas katil atau nak ceaser, tapi dia tak galakkan ceaser walaupun ada pendarahan berlaku. Mereka lebih kepada beranak normal atau natural birth.

Ibu boleh buat pilihan asalkan ibu happy dan tak stress. Undang-undang sini tidak memaksa ibu nak bersalin di rumah, asalkan ibu selesa dan kena inform pihak midwife supaya pihak hospital boleh turun membantu. Yang penting ibu happy sokmo.

Kalau masa anak kedua saya di Malaysia dulu, isteri saya bleeding sikit terus kena ceaser, kena ugut macam-macam kalau tak ceaser. Mungkin anak awak atau isteri awak risiko mati. Aduh, terus tekanan. Ikutlah doktor asalkan dua-dua selamat belaka. Ini cerita anak kedua lahir di Malaysia lah.

Sepanjang kehamilan dan bersalin wife saya di sini, semuanya midwife dan doktor perempuan sahaja, doktor-doktor pelatih tak dibenarkan ada bersama ketika nak bersalin. Kalau ada pun, dia akan minta permission dengan tuan empunya badan dulu. Kalau tak nak, doktor-doktor pelatih itu tak boleh ada sekali. Semua urusan bersalin hanya midwife yang berpengalaman sahaja. 

Midwife sentiasa akan menemani ibu yang bersalin, memberi kata-kata semangat sehingga baby selamat dilahirkan. Jika rasa nak menjerit, jeritlah sekuat hati pun tak apa, midwife tak marah malah dia galakkan buat begitu.

Kisah selepas bersalin pula. Alhamdulillah selepas bersalin normal, sikit pun tak kena gunting atau potong untuk bukaan itu lebih cepat. Midwife akan pantau sahaja dan memberi cadangan duduk atas bola besar agar bukaan lebih cepat dan selamat. 


Labour room pun cukup-cukup selesa dilengkapi tv, katil dan tempat mandi. Boleh makan dan minum, terpulang pada si ibu nak buat apa sementara menunggu bukaan bersalin. Saya pun boleh teman sebab seorang ibu satu bilik khusus untuk bersalin.


Bab suntikan vaksin pada bayi pun dia tak paksa sebab hak masing-masing (human right). Hospital tak paksa dan menghormati parent beragama islam yang sensitif dengan kandungan khinzir dalam vaksin. Sangat-sangat menghormati.

Begitu juga family planner, nurse tak boleh nak membebel-bebel anak kecil lagi dah nak beranak. Sini terpulang, selagi boleh beranak, beranaklah ramai-ramai. Kerajaan sedia membantu sepenuhnya tanpa mengira bangsa, kaum atau agama. Sangat-sangat positif.


Lepas bawa balik baby, esok harinya juga social health akan datang periksa baby dan tanya kesihatan ibu. Bab baby ini dia periksa habis semua sekali. Dia akan pastikan baby ini tak ada apa-apa kecederaan/penderaan. Kalau ada, automatik pihak polis akan mari rampas baby kita sebab tak pandai jaga.

Baby tak boleh tidur sekatil dengan parents, kena tidur atas katil khusus untuk dia sendiri, tak boleh tidur sekatil dengan mak ayah sebab ianya menyalahi undang-undang di sini.

Alhamdulillah boleh baby boy boleh sunat terus lepas sebulan dua. Kalau baby girl jangan cari pasal, nanti baby girl tu kena rampas terus dengan social workers dan parents akan didakwa dan dipenjara.

Alhamdulillah, semuanya selamat tanpa dikenakan bayaran satu sen pun, malah dapat free lagi barang-barang baby oleh pihak hospital.

Sumber: Abdul Halim


from The Reporter http://bit.ly/2EIGO4U
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2EK2nSS
via IFTTT
loading...