loading...

Sunday 6 January 2019

'Saya dah letak racun' - Kejam dan zalim, netizen selar tindakan individu racun anjing terbiar di kawasan perumahan


Viral di media sosial perbualan group WhatsApp di mana seorang individu mengaku telah bertindak meracun beberapa ekor anjing sehingga mati di kawasan perumahannya.

Gambar-gambar perbualan WhatsApp yang dimuat naik @PartTimeKL di Twitter sejak 5 Januari lalu mengundang kemarahan netizen yang menuntut individu berkenaan dikenakan tindakan undang-undang. 

Difahamkan, lima ekor anjing terbiar di kawasan itu telah mati akibat diracun oleh individu berkenaan.













Ekoran tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit, orang awam telah bertindak membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Thiew Hock Poh berkata, pihak menerima laporan dari seorang lelaki berusia 50 tahun pada jam 10.45 malam Sabtu lalu yang menyatakan anjing peliharaannya telah ditemui mati di lorong belakang perumahan di Taman Lavender Heights. 

Dalam laporan itu, pengadu yang sama turut memaklumkan bahawa dia ternampak dua ekor anjing mati berdekatan dengan rumahnya antara Selasa dan Jumaat lalu yang dipercayai diracuni oleh individu yang bertanggungjawab. 

Difahamkan, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan membunuh atau mencacatkan seseekor haiwan. 



from The Reporter http://bit.ly/2CTjbGi
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2GYQqfC
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...