loading...

Sunday 6 January 2019

'Parking macam beruk! Susah sangat ke nak park elok² dalam box?'


Viral di media sosial luahan ketidakpuasan hati seorang pemandu Viva yang berang dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu Kenari yang meletakkan keretanya di luar petak menyebabkan keretanya calar. 

"Parking macam BERUK! Bukan pakai kereta besar pun! Susah sangat ke nak letak elok-elok dalam box? Bercalar kereta aku, SIAP KAU!" tulis Fahmi dalam group Facebook. 


Berdasarkan gambar, kereta Viva milik Fahmi masih diletakkan dalam petak parkir yang disediakan. Namun kereta Kenari pula menghimpit dengan begitu rapat sekali, biarpun masih ada ruang di sebelah kanan pemandu. 

Menyedari gambar keretanya diviralkan, pemilik kereta Kenari pula tampil dan mendakwa dia telah difitnah. 

'Nak cari publisity kan? Saya tolong tuan kereta Viva putih ni sat. Fitnah saya, panggil saya BERUKK! Dia yang mai gagah serendeh kat kereta kenari aku, habis viral dalam PSP, jatuhkan maruah aku dan kenari aku. 

"Hang ambik! Berani kerana benar, bersaksikan Allah SWT. Tolong buka dan baca kisah Kenari vs Viva. Selamat malam Fahmi, tido lena ok," tulis Normastura Md Suid dalam Facebook group yang sama. 


Sementara itu di media sosial, netizen pun... 




from The Reporter http://bit.ly/2REWYEs
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Fiv4Ho
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...