Apalah nasib. Seorang pekerja restoran di Seksyen 25, Shah Alam, ditampar oleh pelanggan yang berang dengan tindakan mangsa menegur mereka merokok di dalam restoran yang dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari 1 Januari di hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di restroan dan premis makanan, mangsa berusia 25 tahun ternampak tiga pelanggan merokok lalu menegur mereka secara baik.
Malangnya, salah seorang daripada mereka tiba-tiba bertindak menampar mangsa sebelum beredar dari restoran tersebut selepas membuat pembayaran.
Mangsa bagaimanapun tidak mengalami kecederaan kerana tamparan itu tidak begitu kuat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, ketika kejadian itu, terdapat dua lagi pekerja restoran dan lima pelanggan lain dan menurut mereka, ketiga-tiga suspek berusia 30-an itu jarang dilihat datang ke restoran tersebut.
Ekoran kejadian itu, pemilik restoran membuat laporan polis dan kini ketiga-tiga suspek diminta tampil secara sukarela bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
from The Reporter http://bit.ly/2BUJaeP
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2VpsuFj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment