loading...

Thursday, 3 January 2019

Insiden pergaduhan di R&R Gambang, kontrak pengendali gerai terbabit ditamatkan serta-merta


Gara-gara insiden pergaduhan yang menyebabkan seorang pemandu bas ekspres dibelasah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang Timur baru-baru ini sehingga menyebabkan pengendali gerai lain mengalami kerugian, syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Anih Berhad (Anih) mengambil keputusan menamatkan kontrak pengendali sebuah gerai yang terbabit. 

Pengurus Besar Kanan Anih, Radzimah Mohd. Radzi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas terhadap pengendali gerai yang melakukan slaah laku yang bertentangan dengan kontrak. 

Meskipun insiden pergaduhan yang melibatkan pekerja gerai tersebut dengan pemandu bas ekspres adalah kes terpencil, tetapi kesan dan akibatnya kepada urusan perniagaan di R&R Gambang Timur dan R&R Gambang Barat adalah teruk sehingga menjejaskan pengendali-pengendali gerai lain sehingga 50 peratus.

Dalam kejadian 24 Disember lalu, pemandu bas ekspres dibelasah enam lelaki yang tidak berpuas hati dengannya kerana didakwa mengasari dua pekerja gerai terbabit. 

Enam lelaki terbabit bagaimanapun dikenakan denda RM2,000 setiap seorang selepas kesemua mereka mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dikenakan. 

Sumber: Utusan


from The Reporter http://bit.ly/2SuMMeJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2CMQ1ZI
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...