loading...

Sunday 6 January 2019

'Najib pernah janji naikkan margin keuntungan pengusaha stesen minyak tapi ditangguhkan kerana bimbang BN kalah PRU14' - PDAM


Semalam, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa bahawa pengumuman harga minyak hari ini turut mengesahkan kerajaan telah bertindak menaikkan margin keuntungan pengusaha petrol sebanyak 23 peratus untuk RON 95. 

"Ia meningkat daripada hanya RM12.19 seliter kepada 14 sen seliter bermula hari ini. Untuk rekod, penjualan RON 95 di seluruh Malaysia secara purata ialah sebanyak RM1.1 bilion liter dicatatkan pada setiap bulan. 

"Ini bermaksud pengusaha stesen minyak sebenarnya boleh mengaut keuntungan tambahan sebanyak RM30 juta setiap bulan ataupun RM360 juta setiap tahun dengan pengumuman kenaikan harga pada hari ini. 

"Apapun, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol yang lebih rendah ketika itu walaupun telah terlambat untuk musim cuti sekolah bulan lepas," sindirnya. 

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz mendedahkan, Najib sebelum ini pernah berjanji untuk memberi komisen kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak seperti yang diberikan kerajaan hari ini. 

Beliau berkata, Najib turut berjanji akan menaikkan margin keuntungan kepada mereka tetapi ditangguhkan kerana bimbang Barisan Nasional (BN) tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Dedah Khairul lagi, sejak tahun 80-an, memang kerajaan BN yang menaikkan komisyen kepada pengusaha-pengusaha stesen minyak. 

"Beliau dan kerajaan BN sendiri pernah janjikan kepada kami. Tapi bimbang kalah PRU14, ditangguhkan dulu. 

"Sejak tahun 80-an yang menaikkan komisyen kepada pengusaha stesen minyak kerajaan mana? Bukankah kerajaan BN juga?" katanya. 

Sumber: Sinar Harian


from The Reporter http://bit.ly/2GZnPXD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2H0gJC5
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...