loading...

Sunday 6 January 2019

Bayi dicucuh puntung rokok, polis tahan datuknya kerana disyaki mendera


Penemuan dua kesan terbakar pada anggota badan seorang bayi lelaki berusia setahun membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 47 tahun kerana disyaki mendera mangsa, lapor Sinar Harian

Difahamkan, pengasuhnya membawa bayi itu ke Hospital Batu Gajah untuk mendapatkan suntikan imunisasi pada Khamis lalu, namun pegawai perubatan yang mahu memberi suntikan imunisasi itu mendapati ada dua kesan cucuh puntung rokok di bahu kanan dan perut mangsa. 

Apabila ditanya, pengasuh itu memaklumkan kesan tersebut adalah kesan cucuhan puntung rokok yang dilakukan oleh datuk mangsa sendiri. 

Pada hari kejadian, mangsa telah dijaga oleh suspek di rumah lelaki itu di Kampung Baru Batu 1, Tanjung Tualang pada Rabu lalu kerana pengasuh terbabit perlu menghadiri sesi pendaftaran persekolahan anaknya. 

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, ekoran laporan dari pegawai perubatan hospital itu, pihaknya telah menahan suspek pada hari yang sama untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 

Suspek yang mempunyai empat rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah itu direman sehingga esok. 

Siasatan awal mendapati, suspek berkata dia sedang menghisap rokok dan mahu menanggalkan pakaian mangsa kerana membuang air besar. Tetapi rokok yang dihisapnya itu terkena pada bahu kanan mangsa sebelum terjatuh dan terselit pada lampin pakai buang mangsa. 

"Selepas kejadian itu, suspek tidak membawa mangsa ke klinik atau hospital untuk rawatan. Sebaliknya hanya meletakkan kicap pada kesan terbakar itu," katanya. 

Mangsa sejak dari lahir lagi telah dijaga sepenuhnya oleh pengasuh kerana ibu bapanya meringkuk di Penjara Tapah atau kesalahan jenayah.

Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. 


from The Reporter http://bit.ly/2FbReMw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2GXjHal
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...