loading...

Sunday, 13 January 2019

'Kini jarinya sudah melekat akibat penyakit yang dialaminya' - Budak 8 tahun menderita penyakit EB


Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anaknya dalam keadaan sebegini, apatah lagi kita semua. Melihat keadaannya saja sudah cukup meruntunkan hati ini dan tertanya-tanya bagaimana ia boleh berlaku atau ada apa yang kita boleh bantu untuk mengurangkan penderitaannya?

Muhammad Alif Firdaus, berusia lapan tahun menghidap penyakit kulit yang dikenali sebagai Epidermolysis Bullos (EB) yang menjadi rutin hariannya tidak sama seperti kanak-kanak sebanyaknya. Sebarkan dan bantulah adik Alif ini. Sama-sama kita mendoakan agar adik Alif cepat sembuh.


SEKALI lagi Set Kito siarkan kes kanak-kanak menghidap penyakit kulit rapuh atau dikenali sebagai Epidermolysis Bullos (EB). Kali ini berkaitan kisah adik Muhammad Alif Firdaus yang kini bersekolah di SK Tapang, Kota Bharu, Kelantan. 

Kehidupan adik Muhammad Alif Firdaus yang berusia lapan tahun ini tidak seperti kanak-kanak lain walaupun bersekolah. Dia tidak boleh ke kantin, tidak boleh bermain dengan rakan-rakan atau menyertai perhimpunan kerana dibimbangi terjatuh dan menyebabkan luka yang dialami semakin teruk. 

Setiap hari ibunya, Ruziah Ismail terpaksa membalut seluruh badan anaknya dan Muhammad Alif Firdaus hanya mampu memakai baju sekolah dan seluar sukan serta selipar, sesuai dengan luka yang dialami. 



Menurut ibunya, setiap kali membuka balutan di badan anaknya, bunyi tangisan sudah sebati namun adakalanya hati dia tidak kuat untuk menghadapinya. Dia terpaksa akur apa yang berlaku kerana itu adalah takdir daripada Allah. 

Setiap hari sekurang-kurangnya tiga kali Ruziah terpaksa ke sekolah iaitu ketika waktu rehat untuk menukar lampin pakai buang anaknya. Muhammad Alif Firdaus tidak mampu untuk menguruskan diri di tandas. 

Kini jarinya sudah melekat antara satu sama lain akibat penyakit yang dialami. 


Orang ramai yang ingin mengurangkan beban yang dialami keluarga berkenaan bolehlah menghulurkan bantuan dengan menghubungi Puan Ruziah di talian 013-9628970 dan sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB 7611159603. 



from The Reporter http://bit.ly/2RHSfBT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2VOsf70
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...