loading...

Sunday, 13 January 2019

'Inilah keadaan rumah yang asal sebelum diubahsuai' - Tak nak terus menyewa RM750 sebulan, pasangan ini nekad beli rumah secondhand dan hasilnya...


Beban sewa rumah RM750 sebulan membuatkan wanita ini nekad untuk membeli rumahnya sendiri. Tidak seperti kebanyakan orang lain yang mahu membeli rumah baharu, beliau memilih rumah 'secondhand' sebagai rumah pertama mereka. 

Jika dilihat keadaan asal rumah tersebut, ianya seperti rumah teres yang biasa. Namun selepas diubahsuai mengikut citarasa dan bajet pasangan berkenaan, rumah yang biasa akhirnya kelihatan luar biasa. 

Ramai yang memuji kecantikan rumah mereka. Apa rahsianya beli rumah pertama dan renovate rumah jadi cantik seperti ini? Baca perkongsian dari Puan Nurwany Zabry di bawah. 

ASET rumah pertama saya beli! Inilah keadaan rumah yang asal sebelum diubah suai. Harga ejen letak dari RM190,000, saya dapat RM160,000. Downpayment booking 10%, RM16,000 cash. Loan lepas around RM134,000 loan bank. Kos keseluruhan untuk renovation RM79,000 cash. 

Dan dari mana dapat duit cash around RM100,000? Dah ada saving baru lepas nak beli itu ini. Payah kalau kerja sendiri tapi kena sabar sebab dengan sikap sabarlah dapat semua ini. 

Peduli apa orang cakap, janji boleh aim apa yang kita nak. Dalam business tak aim nak jadi kaya gila tapi nak ada harta yang boleh ditinggalkan pada anak-anak nanti. Nak bersederhana tapi cukup. 

Semuanya yang saya kumpul memang niat nak beli rumah tapi cakap pada suami "I tak nak bebankan kita masa akan datang, so I choose rumah secondhand untuk our first house". 

Sebelum ini kami menyewa dari awal mula berkahwin sehinggalah ke hari ini around 4 years and half dengan sewa bulanan RM750. Korang darablah sendiri. Hasil dari jumlah itu yang buat saya nekad nak ada rumah sendiri sebab bayar rumah sewa pun dah banyak nak mati. 

Saya nekad dari umur 35 tahun, dari awal tahun 2018 saya kumpul duit. Hampir setahun menabung di SSP sampailah hujung tahun naik turun bank dan doa banyak-banyak agar loan rumah diluluskan. Konon nak beli cash tapi itulah, abah kata jangan. 

Alhamdulillah saya kongsikan ini untuk anak muda di luar sana terus rasa nak guna duit dengan cara yang betul. Tak payah shopping-shopping lagi, beli aset yang boleh menjamin masa depan.









































Kecil atau murah tak apa, asalkan ada dan selesa. Jangan merungut dalam banyak hal. Buat dulu, lama-lama akan nampak hasilnya. Nak-nak orang business saja yang faham nak beli aset ini bukan main susah kalau management tak betul. 



from The Reporter http://bit.ly/2Fouede
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Fqbnyf
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...