Viral di media sosial dakwaan seorang wanita bahawa buah tembikai yang dibelinya dari sebuah pasar raya disuntik dengan bahan kimia berikutan keadaan bahagian dalaman buah itu tidak seperti kebiasaannya.
Dalam status wanita berkenaan di Facebook berkata, tembikai itu mengeluarkan bunyi seperti gas bocor dan berbuih sebelum mengambil keputusan untuk memotong bagi melihat isinya.
"Saya membeli sebiji tembikai di sebuah pasar raya dan meletakkannya di dapur, bercadang untuk memotongnya kemudian.
"Apa yang mengejutkan saya, ada bunyi seperti kebocoran gas. Tetapi apabila diperiksa, gas dapur saya okey saja dan bunyi yang nyata datang dari tembikai yang saya beli dan terdapat buih kecil yang keluar dari tembikai itu.
"Saya mengalihkan buah itu untuk mengelakkan bunyi yang keluar dan apa yang mengejutkan saya, tak sampai 10 minit kemudian, bunyi yang kuat datang dari tembikai itu lagi. Saya bergegas ke dapur dan terus membelah buah tersebut dan hasilnya amat mengejutkan seperti yang ditunjukkan pada gambar ini.
"Kulit di sebelah dalam menjadi lembik dan isinya bersarang-sarang walaupun warnanya merah. Perkara ini berlaku dalam masa satu jam sahaja, segalanya bertukar. Saya ada membaca satu artikel yang dikirimkan oleh anak saudara saya, memang ada suntikan ubat di dalam buah tembikai dan daging yang boleh menyebabka nkanser dan paling cepat, food poisoning. Bayangkan kalau kita memakannya dan apa yang akan terjadi," tulisnya yang bimbang sekiranya benar buah tembikai itu disuntik dengan bahan kimia.
Dia kemudian kembali ke pasar raya tersebut untuk memulangkan buah tembikai itu dan meminta agar pihak pasar raya memulangkan semua buah-buah tembikai yang ada kepada pembekalnya.
"Saya terus pergi ke pasar raya itu kembali dan membawa buah tembikai itu untuk membuat aduan. Mereka juga terkejut melihat keadaan buah tersebut dan saya sarankan mereka memulangkan kembali semua buah-buah tembikai yang ada kepada pembekal atau saya akan buat aduan kepada persatuan pengguna," katanya.
Ekoran insiden itu, dia kini fobia dan mendakwa pihak pasar raya berkenaan masih belum memulangkan buah-buah berkenaan seperti yang dipintanya serta menyeru orang ramai berhati-hati.
"Walaupun mereka memulangkan kembali wang saya, tetapi itu bukanlah isunya. Saya fobia nak makan buah tembikai yang nampak cantik tetapi telah dicucuk dengan bahan kimia.
"Kepada anda di luar sana, berhati-hatilah dan saya tidak yakin pasar raya itu memulangkan semua buah-buah tembikia yang ada selepas saya meninggalkan mereka," katanya.
Sementara itu di ruang komen, ada netizen menolak dakwaan wanita berkenaan dan menjelaskan buah tembikai yang dibelinya itu sudah rosak dan tidak boleh dimakan.
"Buah tembikai yang terlalu masak memang akan mengeluarkan gas. Kalau nak beli tembikai yang sebiji-sebiji itu tengoklah tangkainya. Kalau tangkainya kering, itu bermakna buah itu sudah lama masak. Kalau tangkainya hijau, bermakna ia baru dipetik.
"Normal kalau keluar gas dan ia bukan disebabkan suntikan tetapi sebab sudah lama masak. Ini berdasarkan pengalaman saya dari kecil sebab mak dan ayah saya tokey tembikai," kata Mira Figura.
from The Reporter https://ift.tt/2JnybO3
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2EoB4uj
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment