loading...

Wednesday 11 April 2018

(Video) Guru tadika tampar murid dipecat, guru yang rakam video kejadian juga dipecat


Seorang guru wanita di sebuah tadika telah dipecat kerana menampar murid dan perakam video kejadian itu juga turut menerima nasib yang sama, lapor Shanghaiist

Video rakaman kejadian itu yang viral di media sosial menunjukkan murid-murid tadika di Ningxia, CHina, sedang beratur dalam satu barisan menunggu giliran masing-masing untuk dimarahi dan ditampar oleh guru berkenaan. 

Dalam satu klip video, guru terbabit memukul tapak tangan seorang murid lelaki dengan berus menyebabkan kanak-kanak itu menangis. Klip video yang lain pula menunjukkan guru terbabit memukul tapak tangan murid perempuan. Malah bunyi tamparan juga kedengaran. 

Menurut salah seorang murid tadika berkenaan, guru terbabit kerap memukulnya dan mengakui tindakan guru itu menyakitkan dia dan rakan-rakan lain. 

Selepas video kejadian itu viral di media sosial, pihak tadika terus memecat guru terbabit. Malah, guru lain yang merakam video kejadian itu juga turut menerima nasib yang sama. 

Menurut pihak tadika tersebut, guru yang merakam video kejadian itu dipecat kerana sibuk merakam kejadian itu tanpa mengambil tindakan menghalang rakan sekerjanya melakukan perkara yang tidak sepatutnya. 

Namun guru berkenaan menegaskan dia sudah cuba menghalang perbuatan rakan sekerjanya itu dan merakam kejadian itu bagi mendedahkan perbuatan guru terbabit. 



from The Reporter https://ift.tt/2IMoZBR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2GPkslw
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...