loading...

Friday, 13 April 2018

(Video) Tayar pecah, treler terbabas ke laluan bertentangan di Lebuhraya ELITE


Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) mengalami kesesakan teruk di Kilometer (KM) 28.9 berpunca dari sebuah treler yang terbabas selepas tayar depan sebelah kanan pecah, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 2.45 petang tadi, treler tersebut dalam perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan menuju ke utara, dipandu di lorong kanan sebelum tayar depannya pecah lalu terbabas ke jalan bertentangan sehingga menyebabkan kesesakan jalan yang teruk sepanjang 18 KM ke arah selatan. 

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pemandu treler terbabit cuba mengawal kenderaannya, malangnya gagal lalu terbabas. 

"Sebaik tiba di KM 28.9 lebuh raya itu, tayar depan sebelah kanannya meletup dan pemandunya cuba mengawal kenderaan terbabit, namun tidak berjaya lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan. 

"Kemalangan turut membabitkan sebuah kereta dan pacuan empat roda, namun mangsa termasuk pemandu treler tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

Ketika kejadian itu berlaku, cuaca dalam keadaan baik dan struktur jalan di kawasan tersebut juga lurus. Kejadian itu turut sempat dirakam pengguna jalan raya yang menunjukkan treler itu dipandu di lorong kanan. 



"Peronda ELITE, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Ronda, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (PROPEL) turut dikejarkan ke lokasi bagi membantu kelancaran trafik," katanya. 

Tinjauan di lokasi kejadian pada jam 7.30 malam tadi mendapati treler tersebut telah dialihkan ke lorong kecemasan dan keadaan trafik masih perlahan berikutan ramai pemandu yang memandu secara perlahan untuk melihat kemalangan tersebut. 

Bagaimanapun, keadaan trafik dijangka kembali lancar selepas jam 9 malam ini. 


from The Reporter https://ift.tt/2HgubAG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2qubWNN
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...