loading...

Sunday, 8 April 2018

(Video) Tak dapat settle kes kemalangan, bergaduh sampai berdarah kepala


Viral di media sosial video sekumpulan lelaki membelasah pemandu kereta hanya kerana kes kemalangan kecil yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara baik. 

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari kelmarin di Banting, penunggang motosikal berusia 20-an terbabit dalam kemalangan kecil dengan kereta yang dipandu lelaki berusia 31 tahun. 

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pergaduhan itu berlaku sehingga kesemua individu yang terlibat masuk ke dalam kawasan sekolah menengah berhampiran. 

"Ketika sedang berbincang, berlaku perselisihan faham di antara rakan pemandu kereta berkenaan dengan penunggang motosikal terbabit yang kemudian dipercayai mengambil sebiji batu bata dan memukul kepala pemandu kereta berkenaan sebelum melarikan diri ke dalam kawasan sekolah. 

"Berang dengan tindakan lelaki itu, rakan pemandu kereta berkenaan serta beberapa lagi individu mengejar lelaki terbabit dan lalu memukulnya dengan menggunakan topi keledar, kayu dan batu. 

Pergaduhan itu turut disaksikan oleh beberapa orang awam yang cuba meleraikan mereka sebelum menghubungi polis untuk meminta bantuan. 

Ekoran kejadian itu, polis telah menahan dua lelaki termasuk pemandu kereta dan sedang mengesan beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes itu.

"Pemandu kereta terbabit menerima sembilan jahitan di kepala, manakala penunggang motosikal dan beberapa lagi lelaki lain masih diburu. 

"Kami sudah menahan dua lelaki berusia 31 tahun dan 25 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu bagi membantu siasatan," katanya. 


Azizan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau mengenali suspek yang terlibat untuk tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2JwVHrM
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Haaevl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...