loading...

Thursday, 19 April 2018

'Kami pelajar tak mampu beli tiket flight Air Asia mahal' - Pelajar tulis surat terbuka untuk Tan Sri Tony Fernandes


Syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia, hari ini menjadi bualan hangat di media sosial susulan luahan seorang mahasiswi yang kesal tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah, didakwa agak mahal. 

Izzah Mardhiya Mohd Isa juga mempersoalkan mengapa harga tiket penerbangan KL - Tawau yang merupakan penerbangan dosmetik jauh lebih mahal dari penerbangan antarabangsa. 

KE hadapan Tan Sri Tony Fernandes, founder penerbangan Air Asia. 

Harga tiket penerbangan Air Asia dari Kuala Lumpur ke Tawab, Sabah, Malaysia pada 14 Jun 2018 ialah RM1,097. Penerbangan Kuala Lumpur ke Brunei pula RM182- RM250+, Malah Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia lebih murah berbandingan penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau yang harganya lebih mahal mencecah ribuan ringgit berbanding yang lain. Sedangkan penerbangan Kuala Lumpur ke Tawau hanyalah penerbangan domestik, bukannya penerbangan antarabangsa. 




Kami adalah pelajar, kami tidak mampu membeli tiket penerbangan dengan harga yang agak luar biasa. Serius, sebahagian daripada kami hanyalah pemegang PTPTN, berlatarbelakangkan keluarga yang susah, tinggal di luar bandar dan pedalaman. 

Jika ada biasiswa pun, ia digunakan sepenuhnya untuk menampung kos sara hidup belajar di perantauan. 

Kenapa tidak beli tiket awal? Sebab sedang menunggu draf jadual peperiksaan untuk memastikan tarikh yang tepat untuk balik. 

Tambahan, sebagai pelajar saya berharap pihak Air Asia dapat meminimumkan harga tiket penerbangan kerana Air Asia adalah syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik di dunia. 

Kami adalah pelanggan tetap Air Asia, namun melihat harga tiket RM1,097 untuk penerbangan sehala membuatkan kami berasa sedih. Beraya di perantauan tanpa keluarga hanya kerana tiket penerbangan yang mahal juga menyakiti kami dan keluarga juga. 

Terima kasih dan ikhlas, 
Pelanggan tetap Air Asia hampir 6 tahun. 


from The Reporter https://ift.tt/2Hbu9XC
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2HdDazo
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...