loading...

Sunday 8 April 2018

'Nak femes, tak payah buat benda bodoh' - Netizen kecam Instafamous mempersendakan agama


Pernah dikecam hebat oleh netizen sebelum ini berikutan kelakuan peliknya di program Motif Viral, namun Instafamous berkenaan tampil 'menjelaskan' ada sebab dia berbuat demikian. Malah, 'teman lelakinya' juga turut mengeluarkan kenyataan bagi mempertahankan Instafamous berkenaan. 

Disangka sudah berubah dan menerima teguran dari netizen, namun sekali lagi Instafamous ini dikecam netizen kerana tindakannya yang dianggap mempersendakan agama. 

"Dulu dijemput masuk Motif Viral sebab bangang sangat. Last-last kena kecam rancangan itu sebab terlebih kurang ajor + krik-krik giler.

"Sekarang dia buat benda bodoh lagi. Sembahyang dekat mall. Apa ke bodoh sangat makhluk sekor ni? Mohon pihak agama ambil tindakan segera. Ini dikira permainkan agama Islam," tulis Hidayat Safuan di Facebooknya pada jam 5.28 petang 6 April lalu. 

Berdasarkan perkongsian Hidayat, video tersebut dimuat naik oleh Ervanrizuan di Instagram yang menunjukkan dia bersama dengan beberapa rakannya termasuk Instafamous berkenaan bermain ice skating di sebuah pusat beli-belah. 

Instafamous yang tidak diiktiraf itu dilihat merangkak menuju ke arah rakannya yang kemudian melakukan gaya sedang bersolat sebelum bersujud, mengundang gelak ketawa dari rakan-rakannya itu. 


Sementara itu di ruangan komen, netizen mengecam tindakannya yang didakwa mempersendakan agama, selain menyeru pihak jabatan agama mengambil tindakan terhadap Instafamous berkenaan. 

"Jagalah maruah dan adab kita sebagai wanita. Fikir udlu sebelum nak melakukan sesuatu yang orang tak suka dan belakangkan akidah kita sebagai orang Islam," kata Nur Hidayah. 

"Bila mata hati dan fikiran hanya kerana kepuasan nafsu semata-mata untuk popular, sanggup memperbodohkan diri sendiri sehingga sanggup mempersendakan agama Islam. Beginikah adab seorang perempuan yang berhijab? Memalukan," kata Nur Shafiza.

BERITA BERKAITAN:


from The Reporter https://ift.tt/2GLAFIj
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2qii5wu
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...