loading...

Monday, 30 April 2018

'Sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya' - Adi Putra


Status kerakyatannya menjadi tanda tanya menyebabkan pelakon terkenal kelahiran Singapura ini tampil memberikan penjelasan bahawa dirinya kini adalah warganegara Malaysia. 

Terdahulu, Datuk Adi Putra atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera Abdul Halim, 37, melalui Instagramnya mengesahkan perkara itu beberapa hari lalu kerana baginya, pada musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) adalah waktu yang sesuai untuk mengumumkan status dirinya kepada peminat dunia hiburan.

Difahamkan, PRU14 ini merupakan kali pertama buatnya untuk mengundi dan Adi juga mengaku bahawa dirinya adalah penyokong tegar Barisan Nasional (BN) serta pernah hadir ke beberapa siri ceamah yang dianjurkan oleh calon BN di Lembah Klang beberapa hari lalu. 

"Ramai yang mempersoalkan tentang kerakyatan saya, memang benar dilahir di Singapura, berkecimpung dunia perfileman di Malaysia, berniaga syarikat pengurusan Umrah dan Haji di Malaysia.

"Isteri saya, Datin Hajah @adyaidayusof kelahiran Malaysia, anak-anak warga Malaysia, saya menjadi warga Malaysia dah lama tapi sudah tiba masa saya umumkan status warganegara saya ialah Malaysia.


"Apa yang tertulis tadi diketepikan dahulu, yang penting sekarang tinggal beberapa hari untuk mengundi, tidak kira parti mana, warna apa, sokong ataupun tidak, suka atau tak suka, itu hak masing-masing.

"Mahupun saya dibenci, saya terima, asal Allah tak membenci saya. Sekurang-kurangnya semua Petronas di Malaysia sediakan surau untuk Solat sekiranya terlambat ke masjid, surau dan rumah. Janji dapat solat," tulisnya.

Memetik laporan New Straits Times Adi berkata, dia memperoleh status sebagai warganegara Malaysia setahun yang lalu. Adi yang datang ke Kuala Lumpur pada tahun 2002 ketika itu masih mahu mengekalkan statusnya sebagai warganegara Singapura. 

Namun Adi terjatuh cinta dengan masyarakat dan suasana di negara ini yang aman damai dan kaya dengan budaya kesenian, lalu mengambil keputusan untuk memohon status kerakyatan di Malaysia. 

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas status yang dimilikinya kini, tetapi ada juga yang tidak berpuas hati kerana bagi mereka status kewargenegaraan yang dimilikinya terlalu mudah sedangkan orang lain terpaksa menunggu dengan begitu lama. 




Netizen turut mempersoalkan mengapa Adi Putra mengaitkan isu kewarganegaraannya dengan Petronas. Selain itu juga, netizen turut berseloroh dengan mengaitkan watak Jai yang dilakonkan oleh Adi Putra sebagai gangster sebenar  di dalam filem KL Gangster, bukannya gangster yang diimport dari negara luar.


from The Reporter https://ift.tt/2HYRrU7
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2KkDI8F
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...