loading...

Saturday, 14 April 2018

'Selangor takkan digelar 'Darul Sampah' atau 'Darul Denggi' jika BN diberi mandat di PRU14' - Najib


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tiga masalah utama yang dihadapi penduduk di Selangor akan diselesaikan sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat sewaktu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini, lapor Astro Awani

Tiga masalah utama yang dikatakan itu adalah masalah air, masalah sampah dan masalah wabak denggi. 

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, negeri Selangor tidak seharusnya diberi jolokan 'Darul Sampah' atau 'Darul Denggi' hanya kerana kegagalan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelesaikan masalah itu. 

"Sekarang masalah air di Selangor, kita letak paling tinggi sekali untuk diselesaikan. Tetapi ini pula masalah sampah dan denggi. 

"Kita tidak mahu Selangor menjadi Darul Sampah atau Darul Denggi," katanya ketika berucap di Majlis PEcah Tanah Projek Naik Taraf Hospital Kajang di Sungai Jelok, hari ini. 

Turut hadir bersama di majlis itu ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Datuk Seri Najib berkata, walaupun projek itu bertujuan untuk memberikan kemudahan hospital kepada golongan wanita, ibu, dan kanak-kanak, namun seperti yang Tan Sri Noh membisikkan kepadanya, apa guna hospital moden kalau bekalan air pun tiada.


from The Reporter https://ift.tt/2quNDz6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2HpeNCe
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...