loading...

Wednesday 11 April 2018

9 Mei diisytiharkan Hari Kelepasan Am untuk mengundi PRU14


KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Menurut Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU-14 itu merupakan hari bekerja.

"Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan," menurut kenyataan itu.

Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan itu. - BERNAMA



from The Reporter https://ift.tt/2JAHzOr
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2qml3A4
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...