loading...

Tuesday, 10 April 2018

'Ini semua jenis nak makan duit tepi' - Padah hina anggota trafik, lelaki ini 'tercirit' minta maaf


Ahad lalu, seorang lelaki bernama Hafizi memuat naik gambar anggota polis trafik dengan kapsyen yang mendakwa 'semua' anggota badan beruniform berkenaan makan duit tepi termasuk anggota dalam gambar berkenaan. 

"Roadblock di Aman Putri, berhati-hati. Ini semua jenis nak makan duit tepi lagi-lagi orang dalam gambar ini," tulis Hafizi di Facebook Group 47000 Sungai Buloh. 

Post tersebut mendapat perhatian seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang kemudian menghubungi Hafizi untuk meminta penjelasan sebenar mengenai dakwaannya itu. 

Malangnya, pertanyaan anggota berkenaan dibalas dengan kata-kata yang biadab dan dakwaan 'makan duit haram' selain menuduh badan beruniform itu tidak beradab. 



Menurut seorang lelaki yang mendakwa dirinya rakan kepada Hafizi, menjelaskan, pada hari kejadian itu kira-kira jam 10-11 pagi Ahad lalu, Hafizi telah ditahan anggota trafik berkenaan dalam sekatan jalan raya, yang kemudian diperiksa dan didapati cukai jalan kenderaannya telah tamat tempoh sebelum diberikan saman.

"So, dia tanya kawan saya macam mana. Dia tanya kawan saya berapa yang ada. Kawan saya memang tak ada duit masa tu," katanya yang juga telah menasihatkan Hafizi untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dan pergi berjumpa dengan anggota trafik berkenaan untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Kes itu juga mendapat perhatian anggota PDRM lain yang kemudian memuat naik bukti tuduhan Hafizi di Facebooknya. 

Menurut anggota berkenaan, rakannya akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu atas dakwaan menghina penjawat awam menjalankan tugas. 

"Hidup biar beradab sikit dik, jangan kurang ajar. Kau kena tahan, roadtax kau mati, pastu kau kata polis tu minta? Padahal kau yang bagi sebab tak nak kena saman dan pergi mahkamah sebab kesalahan roadtax mati tak boleh kompaun. 

"Laporan sedang menyusul. Jangan ingat semua anggota polis yang bertugas terpacak di tepi jalan itu jenis kaki sakau bagi anak bini makan tau. Kau menghina satu jabatan PDRM. Kau tahu kan akta menghina penjawat awam?" tulisnya. 

Anggota berkenaan turut kesal dengan tindakan Hafizi yang menyalahgunakan media sosial untuk memburukkan PDRM, sedangkan jika benar dakwaannya itu berlaku, Hafizi sepatutnya melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa. 

"Kalau benar dia diugut seperti mana yang diberitahu oleh rakannya, sila buat laporan. Posting dia di Facebook Group Sungai Buloh itu mengundang kecaman rakyat Malaysia terhadap organisasi PDRM. 

"Kami dalam PDRM ini kerja dalam satu pasukan. Cubit paha kiri, paha kanan terasa," katanya. 

Sementara itu, Hafizi telah memuat naik kenyataan permohonan maafnya setelah menyedari kesilapannya itu. 

"Assalamualaikum dan selamat pagi. Di sini saya sekali lagi memohon maaf atas kesalahan saya di atas post terhadap polis trafik itu dan saya menyusun sepuluh jari kepada warga 47000 Sungai Buloh juga andai saya tersalah bahasa. 

"Berkaitan dengan post yang orang duk share itu sebenarnya telah dipadamkan dan saya membuat permohonan maaf secara terbuka sudah dua kali.

"Saya juga telah bercerita tentang isu ini dengan Bahagian Jenayah IPD Sungai Buloh. Saya jadikan perkara ini sebagai iktibar dan pengajaran dalam hidup saya. 

"Kepada yang masih share post itu, harap tolong padamkan kerana ia mengaibkan saya. Ya memang khilaf saya sebab menjatuhkan imej PDRM dan anggotanya. Saya sedar dengan khilaf saya dan sekali lagi memohon beribu ampun kepada unit PGA yang masih terasa hati berkaitan post yang telah dipadamkan itu. 

"Saya hanya manusia biasa yang tak pernah terlepas dari melakukan dosa sama ada kecil atau besar," katanya. 











from The Reporter https://ift.tt/2GL1lcg
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2v39enS
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...