loading...

Saturday, 28 April 2018

'Tracker Watch ini membolehkan saya tahu anak saya di mana dan apa yang dilakukannya'


Kerisauan ibu bapa pada anak-anaknya tidak pernah terpadam sehinggalah mereka sudah dewasa dan pandai berdikari. Terutamanya golongan ibu yang seboleh-bolehnya mengetahui setiap pergerakan dan aktiviti anaknya.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi mengenai jam tangan yang berupaya meredakan kerisauan ibu bapa di mana jam tersebut berupaya menghantar mesej, mesej suara dan panggilan kecemasan sekiranya berlaku kecemasan pada anak. Selain itu, ibu bapa juga boleh memantau anak perbualan dan lokasi terkini anak mereka bagi mengekang perkara yang tidak diingini.

ASALNYA saya mencari tracker watch ini atas faktor keselamatan, selain dari saya memang seorang mak-mak paranoid. Ada rakan saya cadangkan beli GSP Traker dari Maxis. Jadi saya pergi ke Maxis dan tanya, Maxis kata pihaknya sudah discontinue pula. 

Kami teruskan pencarian tracker watch ini secara online dan terjumpa pelbagai jenama. Setiap satunya ada ciri-ciri yang mungkin berbeza antara satu dengan yang lain. Yang saya beli untuk Adam ini ada beberapa fungsi yang menepati spesifikasi yang saya mahukan seperti: 
  • Saya boleh menghubungi Adam dan Adam boleh menghubungi saya jika dia ada kecemasan. 
  • Saya boleh sms dia dan dia boleh sms saya jika dia ada kecemasan.
  • Jika anak tak dapat call atau tidak tahu sms, anak boleh guna voice mesej saja dan kita boleh balas-balas voice mesej seperti walkie talkie.
  • Fungsi butang 'sound guardian' iaitu saya boleh dengar apa saja anak saya buat atau bualkan tanpa anak saya tahu atau sedar yang saya sedang mengintipnya. 
  • GPS tracker yang membolehkan saya menjejaki lokasi anak saya sama ada di sekolah, shopping mall dan sebagainya. 
  • Boleh set 'fencing' bermakna saya boleh tetapkan 'pagar' kawasan. Jika anak saya keluar dari kawasan yang saya telah tetapkan, saya akan mendapati notifikasi. 
Cuma kekurangan jam ini adalah, tiada kamera, itu sahaja. Ada jenama lain yang ada camera dan boleh membuat panggilan video. 

Jam ini saya beli dari Lazada dan sekarang Lazada sedang membuat jualan harga murah bersempena dengan ulangtahunnya. Harga tracker watch jauh lebih murah dari harga yang saya beli dua bulan lepas. 


Sepanjang penggunaan, saya berpesan kepada Adam supaya jangan call saya untuk suka-suka. Hanya sekiranya ada kecemasan. Contohnya seperti yang berlaku pada tempoh hari di mana saya terlupa memberikannya duit belanja. Jadi dia menghubungi saya dan maklumkan tiada wang belanja. Saya hantarkan. 


Saya juga selalu menggunakan 'sound guardian' untuk mendengar apa yang dia lakukan atau apa yang dia bualkan dengan orang di sekelilingnya. Jam ini ada pelbagai jenama, ada yang kalis air dan sebagainya. Boleh cari 'GPS Tracker Watch' di online shop yang dipilih. 

Jam yang saya beli ini diperbuat di China. Jadi adakalanya mungkin lokasi yang diberikan agak kurang tepat (jarak 500 meter). Mungkin tuan/puan boleh beli jenama yang lebih baik seperti Alcatel, yang mungkin lebih tepat dan mereka juga trusted seller. 


Sebelum membuat pembelian, baca review pembeli terdahulu. Beli tracker watch yang compatible dengan Malaysia. Jangan beli yang tidak boleh digunakan dengan iPhone atau Android. Kena belikan anak skimkad dan masukkan dalam jam.

Kalau ada sebarang pertanyaan lain, boleh komen dan saya akan balas pertanyaan anda. Semoga anak-anak kita sentiasa selamat dan terhindar dari apa-apa musibah. Amin. 

PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata perkongsian bagi membantu tuan/puan dalam memantau pergerakkan atau aktiviti anak-anak tuan/puan. Apa-apa yang berlaku ke atas tracker watch tuan/puan atau apa juga berlaku pada anak-anak tuan/puan adalah di atas tanggungjawab tuan/puan sebagai ibu bapa dan tiada kena mengena dengan saya. 

Saya yakin, kita tahu apa yang terbaik untuk anak-anak kita sebelum kita membuat sebarang keputusan. Terima kasih. 

Sumber: Aini Qamariah


from The Reporter https://ift.tt/2r1sj4G
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2r6Iz5f
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...