Dalam kejadian di sebuah premis di Cenang Mall Langkawi, Nina Carero mendakwa jurujual berkenaan bersikap kurang ajar dan mahu membaling baju ke mukanya jika dia terus merakam kejadian itu.
Bukan itu sahaja, malah Nina mendakwa jurujual terbabit melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya.
"Wah! Budak ini so so kurang ajar tahap gaban. Nak baling baju pada muka saya. Kerja duduk saja kot, sakai cakap babi tu yang kita patah balik. Sakit pula hati depan budak-budak," katanya.
Berdasarkan video viral tersebut, Nina berkata dari tadi dia melihat jurujual terbabit hanya duduk saja dan wanita itu pula menggugut mahu membaling baju ke muka Nina jika terus merakam video itu.
Nina: "Dari tadi saya tengok awak hanya duduk saja."
Jurujual: "Saya kata jangan rakam," (sambil mengacah mahu membaling baju)
Nina: "Buat! Buat!"
Jurujual itu kemudian meminta rakan sekerjanya datang untuk membantunya menangani masalah tersebut.
Jurujual: "Saya dah cakap, kalau nak saiz, beritahu saya dan saya boleh cari. Tapi bila akak cari, jadi camni."
Nina: "Tadi saya dah cari, saya biar. Saya tengok awak dah lama. Saya dah cari, tiba-tiba awak cakap kasar. The problem is awak cakap cara kasar. Lain kali nak bercakap dengan customer, awak kena cakap slowly."
Jurujual: "Saya cakap elok-elok. Tapi cara akak..."
Nina: "Tak, tadi awak hempas barang. Awak hempas baju. You think you're good?"
Jurujual: "Kau tak kerja kat sini, so kau tak tahu letihnya macam mana."
Nina: "Saya bukan cerita pasal letih." katanya yang kemudian diajak suaminya beredar dari premis itu kerana tidak mahu memanjangkan hal tersebut.
Bagaimanapun dalam video kedua pula, Nina mendakwa jurujual berkenaan menggelarnya babi. Tidak puas hati dengan hal itu, Nina berpatah balik dan mempertikaikan tindakan jurujual terbabit.
"Apa awak cakap? Awak cakap babi? You think you what? Macam ni, you pakai tudung tau. You pakai tudung, tapi you cakap no manners?" kata Nina.
Jurujual terbabit hanya membalas kata-kata Nina dengan "So? So?" sambil melipat pakaian di kaunter bayaran.
Sementara itu di media sosial, netizen berpendapat bahawa kejadian itu sepatutnya tidak perlu diperbesarkan kerana masing-masing boleh sudah mampu berfikir secara matang dan bertolak ansur.
Kata netizen lagi, pelanggan sepatutnya memaklumkan saiz pakaian yang dimahukan kepada jurujual terbabit kerana peringatan sudah diberikan sebelum itu. Malangnya pelanggan terbabit tidak mengendahkan dan mencari sendiri menimbulkan rasa kurang senang jurujual berkenaan.
Meskipun kedua-dua pihak bersalah, sebagai pekerja perlulah bersikap profesional dan tidak mengambil tindakan yang boleh mengakibatkan imej premis tercemar dan dirinya dibuang kerja.
from The Reporter http://ift.tt/2Ijtd4g
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2p5EqwK
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment