Dalam kejadian jam 11.45 pagi di Shell Hanz Jaya, Jalan Semenyih, mangsa, Puteri Nordiana yang sedang bertugas didatangi pelanggan terbabit yang memandu kereta jenis Hyundai itu yang mahu membuat pengisian penuh.
Mangsa menjelaskan, jika mahu mengisi minyak penuh, pelanggan terbabit perlu membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM50.
"Saya mengatakan jika ingin mengisi penuh, hendaklah membuat pembayaran pendahuluan sebanyak RM50. Tiba-tiba lelaki tersebut mendakwa saya tidak berbudi bahasa, malah mengatakan dia sudah lama memerhatikan saya.
"Saya hanya berdiam diri dan secara tiba-tiba lelaki itu memukul saya di bahagian muka sebelah kanan sehingga menyebabkan rahang saya bengkak," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2FHS5kB
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2FJ2MTW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment