loading...

Friday, 23 March 2018

'Mana satu gambar yang sesuai untuk BF anak saya?' - Netizen terhibur dengan gelagat pakcik ini


Sebagai ibu bapa, pastinya mereka mahu memberikan apa jua perkara yang terbaik untuk anak dari sekecil-kecil perkara sehinggalah ke peringkat membuat keputusan masa depan. 

Viral di media sosial status dan gambar yang dimuat naik oleh lelaki ini bukan sahaja menghiburkan netizen melihat gambar-gambar ekspresi mukanya, malah gerun dan dijadikan sebagai peringatan agar jangan sesekali melukakan hati anak perempuannya. 

Firdaus Francis memuat naik beberapa gambar dirinya dengan ekspresi muka berbeza yang dikatakan mahu diberikan kepada teman lelaki kepada anak perempuannya. 

"Mana satu gambar yang sesuai untuk BF anak saya?" tulisnya. 

Status berkenaan menerima pelbagai reaksi dari netizen yang menganggap Firdaus seorang yang kelakar di sebalik ketegasannya itu. 

Melihat pada profil Facebooknya, rupa-rupanya beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Tenom, DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah. 







Bagi netizen, kesemua gambar-gambar yang dimuat naiknya itu sudah cukup untuk memberi peringatan kepada teman lelaki kepada anak perempuan itu. Meskipun begitu, ramai yang menganggap gambar-gambarnya itu comel dan kelakar.

"Hahaha! Lawaklah. Pakcik macam ni, memang tak ada sesiapa la yang berani buat anak pakcik macam-macam. Mampus kena cincang nanti. Hahaha!" kata Jue Yoo Rin. 

"Wakakaka! Kelucuan apakah ini. Gertak-gertak belum cukup pakcik, fikir cara lain. Zaman sekarang mana makan gertak ala-ala rambo der," kata Dy Hankook.

"Semua sesuai pakcik. Print la semua send sama BF anak pakcik. Hahaha! Yang gambar last itu comel bah," kata Nuraftina Dewi. 


from The Reporter http://ift.tt/2HXZmxo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2pyopiW
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...