Susulan dakwaan seorang wanita meninggal dunia akibat tercampak dari permainan di sebuah taman tema air semalam, lelaki yang menyebarkan maklumat yang tidak benar itu tampil memohon maaf kepada pihak keluarga mangsa dan taman tema berkenaan.
"Saya di sini dengan segala rasa rendah diri memohon maaf kepada keluarga mangsa, pihak taman tema berkenaan dan media sosial di atas post tempoh hari yang viral disebabkan saya hanya copy paste dari group lain.
"Saya tak sangka post itu menjadi viral 1Malaysia. Arwah sebenarnya jatuh dari pelampung, bukannya tercampak.
"Apa yang berlaku pada diri saya, boleh diambil iktibar pada semua. Sama-sama kita doakan arwah dan sedekahkan Al-Fatihah dan semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman. InsyaAllah. Amin. Terima kasih," tulis Muhd Fakhrullah di Facebooknya empat jam yang lalu.
Terdahulu, viral di media sosial dakwaan lelaki itu mengenai seorang wanita meninggal dunia akibat tercampak dari permainan berbentuk kon aiskrim itu sehingga menimbulkan persoalan orang ramai apakah benarkah kejadian itu berlaku.
Sementara itu, waris mangsa memaklumkan, jenazah telah selamat dikebumikan pada pagi Isnin lalu.
BERITA BERKAITAN:
- 'Kes budak meninggal di waterworl memang sahih tetapi jalan ceritanya tidak berapa tepat' - Sumber
from The Reporter http://ift.tt/2pbAbAu
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2IstWQS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment