loading...

Sunday 4 March 2018

'Saya rayu isteri kembali semula demi saya dan anak-anak' - Suami dakwa isteri curang selepas buat bisnes online


Seorang lelaki meluahkan rasa kesal dan mendakwa kepercayaan yang diberi kepada isteri untuk bekerja membantu menambahkan pendapatan keluarga telah dikhianat di mana isterinya bermain cinta dengan majikannya. 

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Zahary mendakwa pengasas produk itu menggoda isterinya dan dia mempunyai bukti gambar isterinya berdua-duaan dengan lelaki berkenaan. 

"Assalamualaikum semua. Saya adalah suami kepada WAWM dengan ini melarang sekerasnya isteri saya berniaga produk tersebut. Ini kerana pengasasnya seakan menggoda isteri saya sehingga banyak gambar mereka berdua-duaan dan pelbagai perbualan yang tidak sepatutnya berlaku di antara mereka. Jadi saya tidak mahu lagi isteri saya berhubung dengan pengasas produk ini. 

"Saya umumkan secara besar-besaran kerana saya ingin isteri saya kembali semula pada saya demi saya dan anak-anak serta keluarga. Saya akan cuba sebaiknya memelihara isteri saya. 

"Saya sedar selama ini saya kurang memberi perhatian kepadanya kerana saya bekerja makan gaji di siang hari dan bekerja separuh masa sebagai Longkai di waktu malam untuk menambah pendapatan isi rumah," katanya. 

Menurut Zahary, dia membenarkan isterinya bekerja bagi membantu menambah pendapatan keluarga tetapi tidak menyangka kepercayaan yang diberi telah disalahgunakan. 

Walaupun begitu, Zahary tetap memaafkan isteirnya kerana masih sayang dan memikirkan anak-anak mereka yang masih kecil. 

"Pada awalnya saya membenarkan isteri saya berniaga kerana isteri saya nak membantu saya. Namun saya tidak menyangka kepercayaan yang saya berikan telah disalahgunakan oleh isteri saya sehingga terjalinnya hubungan yang tidak sepatutnya. 

"Saya maafkan isteri saya kerana saya terlalu sayangkan dia dan anak-anak kami masih kecil lagi.

"Saya sedar saya kurang berharta dan tidak mampu hidup mewah seperti golongan elit. Tetapi empat perkara asas paling wajib dalam Islam sebagai suami telah saya laksanakan seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan ubat-ubatan.

"Sesiapa yang membaca status saya ini, saya menyeru agar jangan menyokong isteri saya berniaga dengan pihak berkenaan kerana perniagaan ini membuatkan isteri saya lupa tanggungjawab sebagai isteri. Remuk hati saya apabila melihat seorang lelaki bujang berhubung secara berlebihan dengan isteri saya," katanya yang turut meminta orang ramai memboikot produk berkenaan. 

Bagaimanapun, status itu telah dibuat namun telah tersebar dan disiarkan di beberapa laman Facebook. 

Berdasarkan gambar-gambar perbualan WhatsApp, lelaki terbabit berkata, dia rela menjaga wanita berkenaan biarpun tahu bahawa adalah satu perbuatan berdosa memisahkan rumah tangga orang. Dan sekiranya pasangan itu telah bercerai, dia mahu wanita itu berkahwin dengannya. 







Sementara itu, si isteri mengeluarkan kenyataan di Facebooknya pada jam 8.52 pagi 3 Mac sebelum menyahaktifkan akaun Facebooknya. 

Menurut WAWM, sudah 10 tahun dia bertahan dan tiada siapa yang tahu betapa peritnya hidup dia yang diabaikan menangis kerana terlalu menjaga aib suaminya. 

"10 tahun aku bertahan dengan kau! Segala perit hidup aku yang sebenar semua orang tak tahu. Semua orang tak tahu. Aku tak tahulah perempuan mana yan boleh bertahan dengan kau seperti mana aku bertahan selama ini. 

"Diabaikan menangis sepanjang hidup sebab aku terlalu menjaga aib kau. Menerima seadanya perangai kau terhadap aku. Walaupun kau pernah curang di atas katil dengan perempuan lain pun aku tetap menerima kau balik. 

"Kau selalu ambil dadah ketum semua itu pun aku terima. Sekarang pandai kau buat drama menampakkan kau seorang saja yang baik tan ada salah dan silap. Kau sekarang jangan meroyan bila hati aku memang dah tawar dan tiada ruang untuk kau. 

"Terima kasih kerana berjaya menyebarkan aib orang sama ada sekarang kau berada dalam keadaan waras atau tengah mengambil dadah ketum itu semua. Sebab kau nak menutup salah dan aib kau tetapi aib orang kau sebarkan. 

"Cukuplah kacau aku atau sesiapa pun. Terima kenyataan yang aku memang tak nak kau!" katanya.







Sementara itu, netizen menasihatkan pasangan berkenaan cuba selesaikan masalah yang timbul dengan cara yang baik. Tidak kurang juga menyarankan si suami mengheret perkara itu ke mahkamah dan memfailkan saman terhadap orang ketiga di atas cubaan mengganggu rumah tangganya. 

Walau bagaimanapun, fikirlah dalam-dalam akan nasib dan masa depan anak-anak agar tidak menjadi mangsa keadaan. 


from The Reporter http://ift.tt/2H4kPnO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2oLcRt9
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...