Rasa sedih apabila membaca bebenang yang dikongsikan lelaki ini yang terjumpa seorang pakcik menjadi mangsa penipuan rakannya. Kedatangannya ke Kuantan untuk menuntut hutang sebanyak RM6,000 selepas rakannya berjanji mahu membayarnya. Malangnya, janji tinggal janji dan rupa-rupanya pakcik ini ditipu.
Difahamkan pakcik ini pernah viral di media sosial satu ketika dulu di mana dia pernah bernazar berjalan kaki dari Kuantan ke Shah Alam selepas Pahang menang Piala Malaysia dan mendapat liputan media tempatan. Bagaimanapun, niatnya itu didakwa cuba mengumpul dana dari orang ramai untuk kepentingan diri. Terkesan dengan dakwaan tidak berasas itu, akhirnya beliau pergi membawa diri ke tempat lain.
MUNGKIN ada hikmahnya Allah temukan aku dengan seorang pakcik ini dalam bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) semalam.
Aku sampai dalam bas, seat aku double dan kedua-duanya masih kosong. Jadi aku duduk di bahagian berhampiran tingkap. Selepas beberapa minit kemudian, konduktor bas membawa seorang hamba Allah ini dan duduk di sebelah aku. Perbualan kosong antara aku dengan dia menjadi satu perkara yang aku tidak boleh lupakan.
Dia memulakan ceritanya dengan memberitahu dia berasal dari Ipoh dan dalam perjalanan ke Kuantan sebab ingin menuntut hutang sebanyak RM6,000 dari seorang kenalannya yang pernah dikenalinya di Ipoh dulu.
Berbekalkan RM7 dari Ipoh, dia menjual telefon bimbit Nokia miliknya dengan harga RM50 dan wang itu digunakan sebagai tambang untuk pergi ke Kuantan.
"Acik tak pakai handphone macam adik ni. Acik pakai handphone Nokia itu pun acik dah jual RM50, nak beli tiket," masih terngiang lagi suaranya di telinga.
Sampai di Kuantan, dia meminjam handphone orang untuk menghubungi kenalannya yang meminjam duitnya itu. Tetapi tidak dapat dihubungi, malah cubaan menghubungi kenalannya itu melalui WhatsApp juga gagal kerana orang itu matikan telefon bimbitnya.
Pakcik ini terlupa meminta alamat orang itu sebelum ini kerana dia terlalu gembira yang kenalannya itu mahu membayar hutangnya.
Pakcik ini dah tak ada duit, dia duduk di Terminal Kuantan dari jam 11 malam dan masih belum menjamah makanan. Sampai ada seorang hamba Allah belikan dia tiket ke TBS yang bergerak pada jam 12.30 tengah hari. Alhamdulillah.
Mula-mula aku ingat pakcik ini nak scam aku ke apa (biasalah meleis bawang). Tetapi gaya percakapannya menunjukkan dia sememangnya sedang mengalami masalah. Kasihan weh!
Dan pakcik ini pernah viral dulu, yang dia berjalan dari Kuantan ke Shah Alam sebab bernazar. Dan dia bernazar sekali lagi sebab Kuantan menang lawan Johor (bola sepak) dan berjalan satu semenanjung. Boleh rujuk artikel di sini dan gambarnya dalam laman berkenaan.
Aku ingat selepas dia habis bercerita, dia kata, "Adik tolonglah doakan acik dipermudahkan sampai TBS nanti," katanya membuatkan aku menangis.
Bas berhenti di Petronas. Memandangkan pakcik itu tak makan apa-apa dari semalam, aku bawa dia pergi Mesra. Belikan dia makanan. Dia ambil roti Twiggies dan Nescafe itu pun dia offer aku satu roti dia.
Dalam bas, aku sempat bertanya kalau dia ada keluarga ke apa. Rupa-rupanya pakcik itu memang tak ada anak dan isteri. Dia duduk seorang diri sejak berumur 9 tahun.
Aku korek-korek lagi cerita dia sampailah aku tahu yang dia berasal dari Kuantan, merajuk pindah ke Ipoh sebab kata-kata orang sekeliling tentang dia bernazar jalan satu Semenanjung untuk mendapatkan dana dan duit dari orang ramai. Apa salah pakcik itu weh?
Berita baiknya ialah, rezeki pakcik ini dapat tunaikan umrah atas tajaan Pahang.
Sampai saja di TBS, dia ucap terima kasih pada aku sebab bayarkan makanan dia dan dia tergesa-gesa pergi ke tempat parking bas di TBS sebab nak minta tolong pemandu bas tumpangkan dia ke Ipoh.
Macam mana kalau orang tak nak bagi?
Pada asalnya aku nak berselfie dengan pakcik ini tetapi dia macam tergesa-gesa dan ini saja yang sempat aku rakam selepas aku hulurkan beberapa wang tunai kepada dia asalkan dia lepas balik ke Ipoh dan beli makanan. Semoga kita berjumpa lagi Pakcik Majid. Allah permudahkanlah urusan pakcik ini dan murahkan rezeki beliau.
Kepada yang pinjam duit pakcik ini dan tidak mahu memulangkannya, kau tunggu roh kau tergantung sebab hal kau di dunia ini tak selesai lagi. RM6,000 bukan jumlah yang sedikit. Pakcik ini boleh melabur dalam MLM kot atau beli 23 tudung Neelofa.
Sayu saja aku tengok pakcik ini tidur dalam bas. Dia cakap dia memang penat.
Kepada kawan-kawan aku yang aku ada hutang, aku bayar nanti selepas duit aku masuk. Aku sendiri lupa kalau aku ada pinjam duit orang tu. Tetapi RM6,000 takkan boleh lupa? Tak kira apa pun masalah kau, bayarlah sikit-sikit dulu ye.
Sekian saja bebenang ini, moga tak berselirat. Niat hanya untung berkongsi pengalaman, bukan untuk mendapatkan populariti murahan.
Sumber: @Zhantafa
from The Reporter http://ift.tt/2G1yg8Q
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2D7D75a
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment