loading...

Friday, 9 March 2018

'Ibu bapa yang mahu melatih anak mengeja, membatangkan perkataan dan membaca, gunakan telefon bacaan ini'


Kreatif! Hanya menggunakan modal sebanyak RM4.00, mungkin 'telefon' yang diperbuat daripada paip PVC ini boleh membantu meningkatkan tahap kecekapan anak anak membaca dan mengeja. Baru saja dikongsi di Facebooknya 17 jam yang lalu, namun ia telah dikongsi 16,452 kali. 

Semoga perkongsian dari Guru Pemulihan, Norishah Jaafar Full ini bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba! 

ASSALAMUALAIKUM. Ini bukan idea asal saya. Saya sendiri dapat idea ini dari rakan-rakan guru pemulihan lain beberapa tahun lalu. Terima kasih kepada yang mencipta idea ini. Post ini sekadar untuk berkongsi ilmu.

Sedikit perkongsian untuk ibu bapa yang mahu melatih anak-anak mengeja, membatangkan perkataan dan membaca seawal usia 5-6 tahun. Boleh guna paip PVC ini yang kami guru pemulihan namakan sebagai telefon bacaan.

Modalnya murah sahaja. Pergi ke kedai hardware dan minta mereka potong mengikut saiz anak dan beli PVC elbow itu dua biji. Bila ia diletakkan di telinga dan bila anak membaca, suaranya akan dipantulkan semula ke telinga seperti telefon. Jadi, apa yang dibaca oleh anak-anak akan lebih jelas didengar. 

Tidak perlu lagi nak menjerit pada mereka. Cukup sekadar kita membimbing mereka mengeja dan membaca. Mereka ulang guna telefon ini. Apabila mereka mendengar dengan jelas suara mereka sendiri di telinga, maka konsep bacaan akan menjadi lebih mudah. 

Kaedah ini sangat bagus untuk anak-anak yang sukar mengeja dan membatang perkataan serta membaca. Tak percaya? Cubalah dulu. Anak-anak memang akan suka bermain dengan 'telefon' ini. Kami guru pemulihan ramai yang menggunakan alat ini untuk membantu mengajar di dalam kelas. 


Gambar dan video ini saya ambil dengan salah seorang murid SK Felda Lurah Bilut di program khidmat bantu guru pemulihan linus NKRA. 

Boleh guna kreativiti masing-masing untuk menghiasnya agar kelihatan lebih cantik. Kami tak sempat lagi nak menghiasnya sebab murid ramai. Boleh gunakan paip PVC + elbow saiz 20 mm. Lebih besar sikit. Panjangnya mesti mengikut saiz anak dan mesti dekat di mulut seperti gagang telefon. Saya biasa buat panjang 10 hingga 12 sentimeter. 






Sekiranya anda risau dengan risiko penggunaan paip PVC pada anak-anak, boleh cuba menggunakan material lain yang lebih selamat. Untuk info, ia hanya digunakan pada masa yang perlu sahaja, bukan sepanjang masa dan setiap hari bagi anak mengeja dan membaca menggunakan telefon ini.

Anak hanya bercakap dan mendengar menggunakannya pada masa yang singkat pada satu-satu waktu. Bila anak sudah mahir, tidak perlu gunakan telefon ini lagi. 



from The Reporter http://ift.tt/2FvhH3V
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2GdBxlL
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...