Lapor Harian Metro, pergaduhan yang berlaku pada jam 4.42 pagi itu kerana pelanggan terbabit tidak berpuas hati dengan layanan pelayan restoran yang didakwa tidak memuaskan, dan dalam masa yang sama pelanggan berkenaan didakwa mabuk.
Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berlaku kerana pelayan restoran itu menyajikan makanan di atas meja kepada pelanggannya secara kasar.
"Timbul salah faham ketika itu apabila pelayan restoran dikatakan meletakkan makanan secara kasar. Kejadian juga berlaku ketika pelanggan restoran dalam keadaan mabuk," katanya.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan lelaki berusia 30 tahun kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan itu dan direman selama tiga hari sehingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
"Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.
Pihak polis juga sedang mengesan beberapa lagi individu lain yang terlibat dalam kejadian itu untuk membantu siasatan.
Dalam video viral tersebut, pergaduhan bermula dari dalam premis apabila kedua-dua pihak mula membaling barang seperti kerusi dan periuk ke arah masing-masing sebelum mencabar sesama diri untuk bertumbuk.
Salah seorang pelanggan yang memakai baju putih kemudian mengambil helmet dan cuba membalingnya ke dalam premis tersebut sebelum dihalang beberapa rakannya.
Keadaan bertambah buruk apabila salah seorang dari pekerja premis berkenaan cedera dan mengalami pendarahan di kepala ketika cuba meleraikan kejadian itu.
Bagaimanapun keadaan kembali tegang apabila pelayan dan pelanggan berkenaan enggan beralah lalu mengheret pergaduhan itu di belakang kedai dan sekali lagi kerusi dibaling dan kedua-dua pihak bertumbuk.
from The Reporter http://ift.tt/2teA77m
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2FiG050
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment