loading...

Tuesday, 13 March 2018

'Terkejut saya benda tu boleh jadi sebesar itu' - Ibu terkejut mata anaknya digigit kutu babi


Alangkah terkejutnya si ibu apabila mendapati bahagian bawah mata kiri anaknya digigit oleh kutu babi. Sebelum ini, kanak-kanak berkenaan pernah cuba memaklumkan rasa sakit itu kepada ibunya. Tetapi si ibu menyangka dia hanya mengalami luka kecil. Sehinggalah pada hari ketiga, si ibu dengan matanya sendiri melihat serangga itu 'menumpang' di mata anaknya. 

Wanita berkenaan tidak menolak kemungkinan yang anaknya digigit oleh serangga itu yang datangnya dari haiwan seperti kucing kerana anaknya sememangnya gemar dengan kucing. Justeru, beliau menasihatkan golongan ibu bapa memantau anak-anak agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. 

KASIHAN anak mama. First time saya tahu tentang kutu babi ini. Baiklah, saya cerita dari awal kejadian. 

Hari pertama, Ijah kata di bahagian bawah matanya rasa sakit. Masa itu, bila saya belek-belek matanya, hanya nampak bekas luka seperti kudis. Jadi, saya biarkan dengan niat biarkan luka itu kering. 

Hari kedua. Selepas mandi, saya periksa mata dia, masih nampak seperti kudis. Saya cuma lap menggunakan tuala, tetapi masih sama. 

Hari ketiga. 10 Mac, dia bangun tunjukkan kepada saya. Alangkah terkejutnya saya benda itu boleh jadi sebesar itu. Saya pun hantar gambar kepada rakan-rakan dan bertanya mengenai serangga itu. Rakan memberitahu bahawa serangga itu adalah kutu babi.




Saya terus buat pencarian di laman Google dan mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini. Memang betul itu adalah kutu babi. Mak dan ayah saya membantu memegang anak saya, dengan niat nak cabut tetapi kuasa Allah, kutu babi tertanggal sendiri. 

Ilmu yang baru untuk saya hari ini. Ijah memang suka dengan kucing, dia memang suka peluk. Kucing jalanan pun dia sayang. Kutu babi ini serangga jenis menghisap darah. Jadi, ia boleh melekat pada mana-mana haiwan, bukan hanya setakat anjing sahaja. Tetapi kita cegah sebelum terkena. 

Saya tak salahkan kucing tetapi memang serangga ini banyak pada haiwan berdasarkan research yang saya baca dari Google. Saya cuma sekadar mahu berkongsi ilmu yang saya dapat hari ini. Saya tak kisah orang nak kata apa. Mereka belum mengalami kejadian seperti ini.

Sumber: Zara Ryzal


from The Reporter http://ift.tt/2GlrzhV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2p7fSEl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...